Tuesday, July 6, 2010

Separuh akhir



Setelah 9 tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya demam bola melekat ke dalam jiwa seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 orang hero ini. Selama 31 tahun sebelum ini, seingat ku, tak pernah mengambil tahu tentang perkembangan dunia bola luar negara seperti liga Inggeris, Club2 di UK, atau Euro Cup apa tah lagi World Cup. tapi hingga la ke saat dan ketika ini, semuanya berubah dek kerana World Cup 2010.



Sangat teruja untuk menonton perlawanan separuh akhir yg akan berlangsung pada hari ini , pada pukul 8.30 mlm waktu di Jerman dan juga yg paling di tunggu-tunggu ialah perlawanan pada hari esok di antara pasukan Jerman melawan Sepanyol.



Kepada Suami Tercinta, yang telah tewas pasukan kegemarannya, Argentina.....Marilah sama2 menyokong pasukan Jerman ya..... Kalau nak menonton perlawanan pada waktu bukan waktu tidur, sila berkunjung ke Hannover....Tak perlu bersengkang mata semata2 menonton game yg hebat ini....


GO DEUTSCHLAND GO!!



No comments:

Post a Comment