Sekarang ni sedang memulun untuk siapkan satu 'tugasan'. Tak perlu la nak di ceritakan dengan detail tentang 'tugasan' itu. Yang penting ia harus diselesaikan pada bulan Oktober ini. Tapi profesor ku inform yang kalau boleh dia mahukan separuh dari tugasan tersebut dalam masa terdekat ini. Boleh dia komen dan kalau perlu aku harus buat correction.
Fuh...dengan sedaya upaya dan segala kederat yang ada ini, dah masuk minggu ke 3 aku berusaha menyelesaikan tugasan tersebut. Target ku, nak siapkan separuh itu by this week atau awal next week. Then lagi separuh by 10 Ogos 2010. Ya Allah berikan la aku kesihatan, idea dan terangkan lah hati aku ini untuk mengharungi cabaran dalam menyelesaikan nya. Amin.
Tak semudah yang disangkakan. Dolu2 masa study kat Tanah Air, nak tulis apa2 menggunakan microsoft word, punya la dulu susah nak masukan segala equations, nak setkan figure, table dan graph dari matlab. berpeluh2 nak siapkan. Sekarang ni di sini guna LATEX pulak. nama pun pelik. Of course matlab tu wajib digunakan. tp LATEX ni ganti WORD. walaupun sangat la leceh menggunakan LATEX, tapi hasilnya sangat memuaskan. Nanti balik Msia ( harap2 on time la kan), boleh la suggest semua geng dan student gunakan pulak.
orait..cukupla takat ni. dah ada idea nak sambung tugasan tadi yang tersadai.
Bis dann!
Happy 17th Birthday, ABIN
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment