Saturday, July 10, 2010

bila hujung minggu datang

Hari sabtu seperti biasa...aktiviti mengemas rumah dan membasuh baju....tidak lupa juga aktiviti membeli belah juga harus dilakukan.oopps..bukan window shopping ye..dan bukan juga shopping handbag, kasut, baju bagai.takde kena mengena dgn kehendak diri. tapi shopping barang keperluan rumah. Hari yg panas terik seperti terasa berada di tanahair sendiri ini, di serikan dengan aktiviti makan aiskrim giovani di tengah kota.

setelah pulang dari kota, menelefon kekasih hati juga aktiviti wajib setiap hari, sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan ptg. Setelah itu, jangan lupa untuk menyusun semua barang2 shopping dan that's it..selesai tugas yg wajib untuk hari sabtu.

nasib baik hari ini ada perlawanan kedua terakhir bola world cup iaitu penentuan tempat ketiga di antara Germany vs Uruguay. Dapatla mengisi kekosongan hati oopss kekosongan masa yg sepi ini.

Sunyi dan sepi bila hujung minggu. Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Semoga ia memberi seribu makna buat kita semua. Semoga terdapat sinar kejayaan di hujung kesepian ini.


** alangkah bahagianya kalau setiap hari ialah hari bekerja. tak perlu duduk di rumah lama2.sibuk sentiasa, tak terasa masa yg lama seperti di hujung minggu.

No comments:

Post a Comment