Saturday, July 31, 2010

Ibu dan Menu

Oleh kerana hari ini hari membeli belah, maka salah satu tugas ialah memikirkan apa yang harus di masak dan di makan mulai esok sehingga la sabtu minggu depan. Azhad suka makan pizza, spagheti dan ayam goreng,kalau adik suke makan buah dan roti. Lagi senang. Akula yg paling cerewet sikit bab makan. Almaklumla. Orang Melayu sejatilah katakan. Mesti nak makan nasi dan lauk paling kurang sekali sehari. Itu pun ikut mood jugak.

So here we go the list:

Ahad : Kew Tiaw Goreng
Isnin: Sawi masak Lemak + Ayam Goreng + Ikan Kering + Sambal Kicap/Sambal Goreng
Selasa: (menu yg sama tiap minggu) Nasi Goreng + Keropok Ikan
Rabu : Daging Masak Kicap + Buncis Goreng
Khamis : Kurma Ayam + Buah Epal/Anggur
Jumaat : Asam Pedas Ayam/Telur kicap + SAyur
Sabtu : Lauk Jumaat sudah laaaa :-)


Hasil Tangkapan Di Kedai Asia




Puding Perisa Laici(Nata de Coco dalamnya) yang di import dari Malaysia


Air Kacang Soya Drinho pun dari Malaysia

Sudah penat pusing satu Kropcke ( Nama Pusat Bandar), balik dan singgah ke kedai turki membeli Daging dan Ayam. Sampai rumah pun dah pukul 7pm. Sekejap lagi boleh la tengok cerita P. Ramlee......




Bis dann!


No comments:

Post a Comment