Saturday, July 31, 2010

Ibu dan Menu

Oleh kerana hari ini hari membeli belah, maka salah satu tugas ialah memikirkan apa yang harus di masak dan di makan mulai esok sehingga la sabtu minggu depan. Azhad suka makan pizza, spagheti dan ayam goreng,kalau adik suke makan buah dan roti. Lagi senang. Akula yg paling cerewet sikit bab makan. Almaklumla. Orang Melayu sejatilah katakan. Mesti nak makan nasi dan lauk paling kurang sekali sehari. Itu pun ikut mood jugak.

So here we go the list:

Ahad : Kew Tiaw Goreng
Isnin: Sawi masak Lemak + Ayam Goreng + Ikan Kering + Sambal Kicap/Sambal Goreng
Selasa: (menu yg sama tiap minggu) Nasi Goreng + Keropok Ikan
Rabu : Daging Masak Kicap + Buncis Goreng
Khamis : Kurma Ayam + Buah Epal/Anggur
Jumaat : Asam Pedas Ayam/Telur kicap + SAyur
Sabtu : Lauk Jumaat sudah laaaa :-)


Hasil Tangkapan Di Kedai Asia




Puding Perisa Laici(Nata de Coco dalamnya) yang di import dari Malaysia


Air Kacang Soya Drinho pun dari Malaysia

Sudah penat pusing satu Kropcke ( Nama Pusat Bandar), balik dan singgah ke kedai turki membeli Daging dan Ayam. Sampai rumah pun dah pukul 7pm. Sekejap lagi boleh la tengok cerita P. Ramlee......




Bis dann!


Friday, July 30, 2010

Jangan Sibuk boleh tak?

Aku geram dengan kawan aku yg sorang ni. Suka sibuk apa yg aku nak buat, dah buat dan sedang buat. Buat kerja masing-masing sudah la kan. Tak payah nak bagitahu apa yang aku perlu buat, perlu pk dan segala2nya la. Mind your own business ok? Kalau ko tu kawan baik aku ke, family aku ke atau yg dah biasa bertepuk tampar dgn aku tu ok lagi..

Dah la tu, tak nampak agaknya aku ni 'telinga pekak' tak mau dengar apa2 yg ko bebelkan. Memang saje 'pekak kan telinga' dengan mendengar radio hotfm sepanjang berada di opis. Itu lebih baik. Tapi kawan aku sorang ni tetap tak paham bahasa. Haish....

Aku tahu apa yg aku buat, aku tahu apa yg aku dah plan, aku tahu apa yg aku perlukan. So, JANGAN SIBUK ok??!!



p/s:lately, having unstable emotion :-(

Thursday, July 29, 2010

Tarik Nafas

Dah 2 malam tido awal sebab nak kena rehat.
Kena Rehat sebab kurang sihat.
Kurang sihat sebab perubahan cuaca.
Kurang sihat sebab terlalu pk kan keje. (ye ke? )
Kurang sihat sebab RINDUKAN YANG DISAYANGI.
Kurang sedap di dengar bila dapat tahu elaun scholar masuk lambat.
Bila masuk lambat, lambatla juga bayar duit rumah sewa, bil elektrik dan segala bil yg berkaitan.
Lambat la juga nak beli tiket "Bas" nak balik Kampung. uwa!!!!

Jadi,conclusionnya:
makan ubat, malam rehat, bangun pagi-pagi, sihat dan boleh pulun sampaila ke petang. ya!

Tuesday, July 27, 2010

mano la den punyo idea poi malam ni....

Sedang bersemangat waja untuk meneruskan tugasan aku malam ni ( waja la sangatlah kan semangat aku ni hahahah) tiba-tiba tak tahu nak sambung apa pada tugasan yang telah terberhenti semalam. Oh..cepatla idea....i really need you....please!! please!! please!! hari ni kat uni dah la pack dgn presentation dan hal2 yang tak dapat di elakkan...aku tetap mahu hasilkan something hari ini.

Ya..mesti ada kemajuan dari apa yang telah dilakukan semalam!!!

fikir punya fikir..aku sakit kepala...berdenyut-denyut kepala ni...alahai..takkan nak suruh tido kot...sabar ye kepala..i need another 2 hours only to reach the cinderella time, 12 midnight.

sakit kepala punya pasal, dah merapu kat sini. Harap2 takdela teruk sangat sakit kepala ini, walapun rasa macam dah berdenyut-denyut sangat ni.
Takpe, kalau teruk nanti, makan la panadol active fast ya ... :-)


Bis dann!!

Monday, July 26, 2010

Cepatla Buat Kerja .....

Sekarang ni sedang memulun untuk siapkan satu 'tugasan'. Tak perlu la nak di ceritakan dengan detail tentang 'tugasan' itu. Yang penting ia harus diselesaikan pada bulan Oktober ini. Tapi profesor ku inform yang kalau boleh dia mahukan separuh dari tugasan tersebut dalam masa terdekat ini. Boleh dia komen dan kalau perlu aku harus buat correction.

Fuh...dengan sedaya upaya dan segala kederat yang ada ini, dah masuk minggu ke 3 aku berusaha menyelesaikan tugasan tersebut. Target ku, nak siapkan separuh itu by this week atau awal next week. Then lagi separuh by 10 Ogos 2010. Ya Allah berikan la aku kesihatan, idea dan terangkan lah hati aku ini untuk mengharungi cabaran dalam menyelesaikan nya. Amin.

Tak semudah yang disangkakan. Dolu2 masa study kat Tanah Air, nak tulis apa2 menggunakan microsoft word, punya la dulu susah nak masukan segala equations, nak setkan figure, table dan graph dari matlab. berpeluh2 nak siapkan. Sekarang ni di sini guna LATEX pulak. nama pun pelik. Of course matlab tu wajib digunakan. tp LATEX ni ganti WORD. walaupun sangat la leceh menggunakan LATEX, tapi hasilnya sangat memuaskan. Nanti balik Msia ( harap2 on time la kan), boleh la suggest semua geng dan student gunakan pulak.

orait..cukupla takat ni. dah ada idea nak sambung tugasan tadi yang tersadai.

Bis dann!

Sunday, July 25, 2010

dah habis summer ke?


takde yg menarik utk di update...tapi rasa mcm dah lama tak berblog. dah lama berblog tapi skill berblog tu masih kureng..takde masa la nak belajar lebih2...benda yang wajib di belajar pun tak habis2 ni... haish...mcm mana ni??

lately ni rasa cuasa macam tak menentu, hujan on and off, dah 2 hari kat rumah ni tak perlu "on" kipas angin tu. jimat sikit elektrik ek?? hehehe rasa sesedap rasa je cuaca sekarang ni. Harap2 mcm ni la bila bulan ramadhan muncul tak lama lagi...Amin.


Tapi tak nak la berpuasa kat sini, seboleh-bolehnya...bukan apa...puasanya cukup panjang...cukup menguji kesabaran..... Dari seawal pukul 3 pagi sehinggalah membawa ke pukul 9 malam. :-(

dan aku sedang sedaya upaya untuk mencapai target yang telah ditetapkan...supaya boleh pulang ke tanah air berhari raya....it's a bonus kalau dapat siapkan lebih awal...boleh la berpuasa bersama suami tercinta!!!

So...apa tunggu lagi....Go Wan Go!!!! You Can Do It!!! Bis dann!!

Sunday, July 18, 2010

once upon a time....

Tajuk ni takde kaitan dgn entry kali ni...sebenarnya dok belek2 hp, terjumpa la gambar2 ni...
sudila tengok ya...jangan tanya lebih2 sudah la ya... :P


sebelum bercuti, azhad dgn spec hitamnya


azfar bercuti bersama thomas


my darling dgn gajet barunya



azhad yg suka berangan nak rambut "pacak" sentiasa

dan azfar yg suka ikut apa yg abg long buat tapi abg long kadang2 membuli adik dia


esok isnin, harap2 takdela monday blues...yes!! teruskan perjuangan kita!!



Friday, July 16, 2010

yang terlintas di hati dan fikiran

Weekend datang lagi....semua orang akan happy bila weekend tiba. Semua tak perlu pergi ke sekolah, tak perlu pergi ke kerja, tak perlu ke kuliah dan segala bentuk aktiviti weekdays tak perlu di lakukan. Oh..ada banyak masa untuk diri sendiri dan keluarga.

Pada saat dan ketika ini, aku tak tahu nak rasa apa. Ada bnyk rasa. lebih dari masak ikan siakap tiga rasa yg sangat di sukai oleh adik aku, uda yang sekarang ini telah di sahkan pregnant 4 minggu. Jangan la mengidam nak makan masakan air tangan kaklong dia ni sudah la ye..kena tunggu klong balik cuti...harap2 sabar menanti ya ...

Well, to tell the truth, i am
# happy as everyone, coz weekend is here, i could spent more time for myself and my family.
# sad ( but not so sad) coz i miss my hubby very much.Can't afford to be so sad as i have to go on.
#thinking to make a wish to my lovely hubby that i want to have our so called second honeymoon. Oh..hmm....may be next year..perhaps...just to celebrate our 10th Anniversary.
#worry as i have plenty of jobs to be done and yet i don't know when and where to start.
# a bit upset coz somehow "they" give nothing to me. I am everywhere in my own world.
# happy as i can concentrate to my list of work.
#lonely as i have not many friends here.
# confuse where should i be during ramadhan. not really confuse, but there is always an option.
#energetic to run my tasks.
# worried about my weight. Although i am not overweight. Just want to have an ideal one.
#happy to have good friend, Anggi, Kak Hasmah & Aina in hannover.
# missing my past time especially with my best friend, Farah Hani.
#always wanted to teach the kids what they should know provided i knew it.
# dreaming of having a nice vacation with my family. But of course, we can't afford to have it as i am busy.
# planning what to cook for next week. ( mom is always a mom ;-) never ending tasks @ home)

and etc etc etc.....

Those are may be some of what i could think what I feel right now.

Ia tiada kena mengena dengan orang-orang di luar sana. Hanya luahan hati seorang insan di perantauan.


Have A nice Weekend!
Schoenes Wochenende!
Selamat Berhujung Minggu!!

Monday, July 12, 2010

waktu malam

tiba2 saja lagu ini terngiang-ngiang di fikiran ku...especially part tajuk lagu ini.

AKU RINDU......SAYANG KAMU......

inilah lirik lagu yg terus berirama pada waktu malam ini...

Black Mentor - Aku Rindu Sayang Kamu

Siang dan malamku kini menjadi satu
Terasa sedihku bila tiada mu
Apakah ini dinamakan cinta oh
Menjadi aku yang punya

Apakah kau dah tak sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat di jantungku
Terasa sungguh

Chorus
Aku rindu sayang kamu
Matamu aku cinta kepadamu
Sayang kamu

Apakah kau rasa sepertiku
Rasa hari-hariku tak menentu
Bagaikan lilitan terikat dijantungku
Terasa sungguh




kepala dah berdenyut-denyut ni. mungkin sebab hari yg panas. Badan pun rasa macam tak sedap je. Baiklah aku tidur cepat malam ini.
zzzzzzzzzzzzzzzzz good night!!zzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, July 10, 2010

bila hujung minggu datang

Hari sabtu seperti biasa...aktiviti mengemas rumah dan membasuh baju....tidak lupa juga aktiviti membeli belah juga harus dilakukan.oopps..bukan window shopping ye..dan bukan juga shopping handbag, kasut, baju bagai.takde kena mengena dgn kehendak diri. tapi shopping barang keperluan rumah. Hari yg panas terik seperti terasa berada di tanahair sendiri ini, di serikan dengan aktiviti makan aiskrim giovani di tengah kota.

setelah pulang dari kota, menelefon kekasih hati juga aktiviti wajib setiap hari, sekurang-kurangnya 2 kali sehari, pagi dan ptg. Setelah itu, jangan lupa untuk menyusun semua barang2 shopping dan that's it..selesai tugas yg wajib untuk hari sabtu.

nasib baik hari ini ada perlawanan kedua terakhir bola world cup iaitu penentuan tempat ketiga di antara Germany vs Uruguay. Dapatla mengisi kekosongan hati oopss kekosongan masa yg sepi ini.

Sunyi dan sepi bila hujung minggu. Tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. Semoga ia memberi seribu makna buat kita semua. Semoga terdapat sinar kejayaan di hujung kesepian ini.


** alangkah bahagianya kalau setiap hari ialah hari bekerja. tak perlu duduk di rumah lama2.sibuk sentiasa, tak terasa masa yg lama seperti di hujung minggu.

Tuesday, July 6, 2010

Separuh akhir



Setelah 9 tahun melayari bahtera perkahwinan, akhirnya demam bola melekat ke dalam jiwa seorang wanita, isteri dan ibu kepada 2 orang hero ini. Selama 31 tahun sebelum ini, seingat ku, tak pernah mengambil tahu tentang perkembangan dunia bola luar negara seperti liga Inggeris, Club2 di UK, atau Euro Cup apa tah lagi World Cup. tapi hingga la ke saat dan ketika ini, semuanya berubah dek kerana World Cup 2010.



Sangat teruja untuk menonton perlawanan separuh akhir yg akan berlangsung pada hari ini , pada pukul 8.30 mlm waktu di Jerman dan juga yg paling di tunggu-tunggu ialah perlawanan pada hari esok di antara pasukan Jerman melawan Sepanyol.



Kepada Suami Tercinta, yang telah tewas pasukan kegemarannya, Argentina.....Marilah sama2 menyokong pasukan Jerman ya..... Kalau nak menonton perlawanan pada waktu bukan waktu tidur, sila berkunjung ke Hannover....Tak perlu bersengkang mata semata2 menonton game yg hebat ini....


GO DEUTSCHLAND GO!!