Friday, January 14, 2011

Aku Wanita

Di saat hujan turun hampir setiap hari di musim sejuk ini mengingatkan aku pada suami tercinta.

Hati ku yang nampak tabah dan kuat di luaran kadang-kala rapuh seketika.


Ditujukan lagu ini khas buat Suami tersayang yang jauh di mata, tetapi sentiasa dekat di hati.


Tajuk/Lirik Lagu: Wanita
Penyanyi: Siti Nurhaliza

huuuu…

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Korus)
Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

(Korus II)
Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

(Ulang Korus I)
(Ulang Korus II)

aaa… Ku wanita
aaa… Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami

(Ulang Korus) (2x)

Oh apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Wanita… woohoo..
Ku Wanita… ooo…
Wanita…









I Love U Sooo Much!

Thursday, January 6, 2011

Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baaru 2011.
Semoga tahun baru memberikan sinar dan harapan yang baru untuk diri sendiri dan semua orang.

Tahun Baru mesti ada Azam baru, ada target baru.
Tidak lupa juga Semangat baru untuk melunaskan matlamat jangka panjang yang lama.

Be positive!


Monday, December 13, 2010

Apakah??

Hari ini aku rasa tersentap. Tak tahu bagaimana nak ku gambarkan dan kuceritakan di sini. Cukupla dengan rasa marah yang meruap2. Biarla di simpan sebagai satu kenangan manis dan pahit hidupku ini.


Apakah ini satu ujian?Satu peristiwa? Satu Ketentuan? Satu Berita? Satu Musibah? Satu Kenyataan yang telah dapat ditemui? Satu Tanda?

Semua itu hanya Engkau, Ya Allah yang Maha Mengetahui segala2nya.

"Ya Allah, Permudahkan urusan ku di sini, Tunjukkan aku jalan yang benar, Hanya Engkau yang Maha mendengar, Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui apa yg baik dan buruk buatku"

Amin.


Friday, December 10, 2010

Bila berfikir dengan tenang.....

"Sabar dalam melepaskan sesuatu yang disukai lebih berat daripada
sabar menahan sesuatu yang dibenci. "





Nota kaki : Rasa nak makan banyak makanan... nyum..nyum...(mode guilty : OFF - hehe)


Monday, December 6, 2010

Tekanan....

Sesi membuat kerja telah bertukar menjadi sesi meluahkan rasa. Kawan yg menolongku pada mulanya memberitahu yg 'kerja' yg aku nak buat itu tak boleh siap dalam masa 2 hari. Ia memerlukan perancangan yg teliti.

Baru la aku faham yg 'kerja' yg aku buat pada 3 minggu lepas hanyalah 'contoh kerja' sahaja. Bukannya yg betul2. Aku dah mula rasa tertekan. Sedangkan target aku untuk di siapkan Januari ini. Sekarang dia baru sedar yg apa yg dia perlu tolong aku itu memerlukan masa yg panjang.
Dan dia terangkan dengan panjang lebar masalah2 untuk merealisasikan 'kerja' itu. Dan ianya tidak semudah yg disangka. Perlu di beritahu kepada Prof. berkenaan masalah2 ini. Dia juga harus selesaikan tesis dia pada mid tahun depan. Sama-sama sedang tertekan tapi dia sangat sangat bijak orangnya.

Bila dia dah meluahkan apa yg dia rasa, aku mula meluahkan apa yg aku rasa. Maka bergenangla air mata. Pompuan2..sangat sensitif!. Tapi tadi kawan aku ada beritahu aku ttg apa yg aku patut buat. Dan dia boleh tolong untuk mulakan 'kerja' itu pada minggu ke 2 Jan nanti setelah dia balik dari bercuti krismas.

Saat dan ketika ini, pada waktu maghrib ini, aku pohon supaya Tahun Baru akan membuahkan sesuatu yg terbaik untuk diri ku khususnya pengajian aku di sini. Amin.

Mengalah belum lagi.Perjuangan harus di teruskan..Anggapla ini satu dugaan. Ada banyak lagi dugaan harus ditempuh. Menangis la sepuas-puasnya hari ini, esok hari baru, di bulan Islam yg baru serta Tahun Hijrah baru, boleh mulakan dengan semangat dan azam yg baru.

Usaha tangga Kejayaan!



Selamat TAhun Hijrah Baru!

Salam Maal-Hijrah 1432 H,

Semoga penghijrahan pada tahun baru ini akan menjadikan diri kita lebih baik daripada tahun lepas dengan penambahan keimanan, rezeki dan amal kebaikan. Amin.


* Masa kecik2, di sekolah agama kerajaan Johor, mesti kena nanyi/nasyid lagu ini:

Satu Muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban
harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu
mari semua kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
.







oopps...dah nyanyi..jom sambung buat kerja. :-)

Thursday, December 2, 2010

Snow Lagi......

Semalam, suhu sangat sejuk. Ketika keluar dari rumah, angin bertiup sangat kuat. Kebas muka di tiup angin. Masih terasa sejuk walaupun masing-masing dah berbungkus-bungkus dengan pelbagai lapisan pakaian dan keperluan lain bila berada di luar rumah. Pada waktu balik pun begitu. Angin yg tiup membuatkan mata berair, tiba-tiba macam menangis menahan sejuk. Rupa-rupanya semalam suhu mencecah -16C. Tapi yg bestnya, snow takde.

Hari ini pulak, secara rasminya snow turun dengan lebatnya, non-stop dari tengah malam semalam sehingga pukul 5 ptg (setakat yg ternampak la- bila dah gelap di rumah, takdela menjengah keluar tingkap bilik). Tahun ni snow turun seawal 25 Nov 2010 pada minggu lepas tetapi hanya memenuhi segenap ruang di sini pada hari ini.



Ini merupakan snow kali ketiga kami di sini (bermakna ada sekali lg snow untuk diharungi). Hanya pada kali pertama sahaja kami sangat excited, kali kedua biasa-biasa sahaja dan kali ni, kami takde perasaan langsung. Sesungguhnya sejuk yg datang bersama-sama snow itu adalah sesuatu yang dirisaukan. Semoga tahun ni rekod suhu paling sejuk tidak seperti tahun lepas, -25C dan tahun 2008, -15C. Tak sabar rasanya kami untuk pulang bercuti larikan diri daripada cuaca yg sangat sejuk ini. Tak kisah la walaupun hanya sekejap sahaja.




" Snow putih di negara orang, Hujan batu di negara sendiri- lebih baik hujan panas di tempat sendiri"

Keep Warm!