Thursday, December 2, 2010

Snow Lagi......

Semalam, suhu sangat sejuk. Ketika keluar dari rumah, angin bertiup sangat kuat. Kebas muka di tiup angin. Masih terasa sejuk walaupun masing-masing dah berbungkus-bungkus dengan pelbagai lapisan pakaian dan keperluan lain bila berada di luar rumah. Pada waktu balik pun begitu. Angin yg tiup membuatkan mata berair, tiba-tiba macam menangis menahan sejuk. Rupa-rupanya semalam suhu mencecah -16C. Tapi yg bestnya, snow takde.

Hari ini pulak, secara rasminya snow turun dengan lebatnya, non-stop dari tengah malam semalam sehingga pukul 5 ptg (setakat yg ternampak la- bila dah gelap di rumah, takdela menjengah keluar tingkap bilik). Tahun ni snow turun seawal 25 Nov 2010 pada minggu lepas tetapi hanya memenuhi segenap ruang di sini pada hari ini.



Ini merupakan snow kali ketiga kami di sini (bermakna ada sekali lg snow untuk diharungi). Hanya pada kali pertama sahaja kami sangat excited, kali kedua biasa-biasa sahaja dan kali ni, kami takde perasaan langsung. Sesungguhnya sejuk yg datang bersama-sama snow itu adalah sesuatu yang dirisaukan. Semoga tahun ni rekod suhu paling sejuk tidak seperti tahun lepas, -25C dan tahun 2008, -15C. Tak sabar rasanya kami untuk pulang bercuti larikan diri daripada cuaca yg sangat sejuk ini. Tak kisah la walaupun hanya sekejap sahaja.




" Snow putih di negara orang, Hujan batu di negara sendiri- lebih baik hujan panas di tempat sendiri"

Keep Warm!


No comments:

Post a Comment