Baru la aku faham yg 'kerja' yg aku buat pada 3 minggu lepas hanyalah 'contoh kerja' sahaja. Bukannya yg betul2. Aku dah mula rasa tertekan. Sedangkan target aku untuk di siapkan Januari ini. Sekarang dia baru sedar yg apa yg dia perlu tolong aku itu memerlukan masa yg panjang.
Dan dia terangkan dengan panjang lebar masalah2 untuk merealisasikan 'kerja' itu. Dan ianya tidak semudah yg disangka. Perlu di beritahu kepada Prof. berkenaan masalah2 ini. Dia juga harus selesaikan tesis dia pada mid tahun depan. Sama-sama sedang tertekan tapi dia sangat sangat bijak orangnya.
Bila dia dah meluahkan apa yg dia rasa, aku mula meluahkan apa yg aku rasa. Maka bergenangla air mata. Pompuan2..sangat sensitif!. Tapi tadi kawan aku ada beritahu aku ttg apa yg aku patut buat. Dan dia boleh tolong untuk mulakan 'kerja' itu pada minggu ke 2 Jan nanti setelah dia balik dari bercuti krismas.
Saat dan ketika ini, pada waktu maghrib ini, aku pohon supaya Tahun Baru akan membuahkan sesuatu yg terbaik untuk diri ku khususnya pengajian aku di sini. Amin.
Mengalah belum lagi.Perjuangan harus di teruskan..Anggapla ini satu dugaan. Ada banyak lagi dugaan harus ditempuh. Menangis la sepuas-puasnya hari ini, esok hari baru, di bulan Islam yg baru serta Tahun Hijrah baru, boleh mulakan dengan semangat dan azam yg baru.
Usaha tangga Kejayaan!

saya tahu akak tabah orangnya
ReplyDeletemoga yang terbaik buat mu..amin
Terima kasih bnyk Emy!
ReplyDeletebertabah k.wan!
ReplyDeletemoga dipermudah segala.
Tq noin! :-)
ReplyDelete