Monday, December 3, 2012

Breakfast oooo breakfast...

Salam Semua,

Pernah dengarkan ramai doktor, pakar nutrisi dan pakar pemakanan cakap yang sarapan merupakan hidangan yang paling penting setiap hari...tetapi tahukah anda kenapa?


Sarapan ialah hidangan pertama sekali perut kita terima selepas bangun dari tidur yang panjang (purata 6-8 jam) dan pada waktu itu la perut kita akan serap segalanya pada kadar yang paling tinggi, jadi kalau kita masukkan makanan yang tidak sihat, maka tidak sihatlah kita selepas itu.


Sekiranya kita terus masukkan makanan yang berat dan tinggi karbohidratnya ( seperti nasi lemak,nasi goreng, mee goreng, dll) pagi-pagi, ianya ibarat kita tidur lepas itu tiba-tiba orang simbah air sebaldi dekat kita, lepas tu pankreas akan bekerja keras untuk mengeluarkan insulin untuk tukarkan kepda gula. ini akan menyebabkan penyimpanan lemak bertambah dan jika ini berterusan setiap hari bayangkan apa akan jadi dekat pankreas kita, sebab itu tak hairan ramai yang kena diabetes pada usia 40 tahun.

Jika kita tidak bersarapan pula, konsepnya tetap sama, kita akan terus makan tengahari dimana kita akan makan makanan berat dan tinggi karbohidrat, bukan sahaja tidak elok untuk pankreas, malahan jika kita ingin menurunkan berat badan, memang tidak begitu efektif kerana bila badan kita dalam keadaan yang sangat lapar, metabolisme badan akan terus turun mendadak dan bila kita makan selepas itu, memang badan kita tidak dapat membakar dengan baik makanan tadi.

Oleh itu, Sarapan itu konsepnya sama seperti kita berbuka puasa, bila kita tidur ibarat kita berpuasa dan sarapan itu ialah pembukanya. Jadi, jangan lupa untuk  bersarapan.
Pilihlah makanan yang mudah, ringkas, rendah kalori dan tinggi nutrisi untuk sarapan kita. 


Semua ciri ciri ini ada dalam HERBALIFE :)

Jom cuba Herbalife! Tak rugi apa-apa pun :)
Your HEALTH is MORE WORTH THAN YOUR MONEY :)


No comments:

Post a Comment