Monday, December 6, 2010

Tekanan....

Sesi membuat kerja telah bertukar menjadi sesi meluahkan rasa. Kawan yg menolongku pada mulanya memberitahu yg 'kerja' yg aku nak buat itu tak boleh siap dalam masa 2 hari. Ia memerlukan perancangan yg teliti.

Baru la aku faham yg 'kerja' yg aku buat pada 3 minggu lepas hanyalah 'contoh kerja' sahaja. Bukannya yg betul2. Aku dah mula rasa tertekan. Sedangkan target aku untuk di siapkan Januari ini. Sekarang dia baru sedar yg apa yg dia perlu tolong aku itu memerlukan masa yg panjang.
Dan dia terangkan dengan panjang lebar masalah2 untuk merealisasikan 'kerja' itu. Dan ianya tidak semudah yg disangka. Perlu di beritahu kepada Prof. berkenaan masalah2 ini. Dia juga harus selesaikan tesis dia pada mid tahun depan. Sama-sama sedang tertekan tapi dia sangat sangat bijak orangnya.

Bila dia dah meluahkan apa yg dia rasa, aku mula meluahkan apa yg aku rasa. Maka bergenangla air mata. Pompuan2..sangat sensitif!. Tapi tadi kawan aku ada beritahu aku ttg apa yg aku patut buat. Dan dia boleh tolong untuk mulakan 'kerja' itu pada minggu ke 2 Jan nanti setelah dia balik dari bercuti krismas.

Saat dan ketika ini, pada waktu maghrib ini, aku pohon supaya Tahun Baru akan membuahkan sesuatu yg terbaik untuk diri ku khususnya pengajian aku di sini. Amin.

Mengalah belum lagi.Perjuangan harus di teruskan..Anggapla ini satu dugaan. Ada banyak lagi dugaan harus ditempuh. Menangis la sepuas-puasnya hari ini, esok hari baru, di bulan Islam yg baru serta Tahun Hijrah baru, boleh mulakan dengan semangat dan azam yg baru.

Usaha tangga Kejayaan!



Selamat TAhun Hijrah Baru!

Salam Maal-Hijrah 1432 H,

Semoga penghijrahan pada tahun baru ini akan menjadikan diri kita lebih baik daripada tahun lepas dengan penambahan keimanan, rezeki dan amal kebaikan. Amin.


* Masa kecik2, di sekolah agama kerajaan Johor, mesti kena nanyi/nasyid lagu ini:

Satu Muharram detik permulaan
perkiraan tahun islam hijrah
perpindahan nabi dan umat islam
dari kota mekah ke kota madinah

atas keyakinan dan iman yang teguh
kaum muhajirin dan ansar bersatu
rela berkorban
harta dan nyawa
demi menegakkan islam tercinta

hijrah itu pengorbanan
hijrah itu perjuangan
hijrah itu persaudaraan
hijrah membentuk perpaduan

oleh itu
mari semua kita sambut ma'al hijrah
tingkatkan semangat
tegakkan syiar islam
untuk sepanjang zaman
.







oopps...dah nyanyi..jom sambung buat kerja. :-)

Thursday, December 2, 2010

Snow Lagi......

Semalam, suhu sangat sejuk. Ketika keluar dari rumah, angin bertiup sangat kuat. Kebas muka di tiup angin. Masih terasa sejuk walaupun masing-masing dah berbungkus-bungkus dengan pelbagai lapisan pakaian dan keperluan lain bila berada di luar rumah. Pada waktu balik pun begitu. Angin yg tiup membuatkan mata berair, tiba-tiba macam menangis menahan sejuk. Rupa-rupanya semalam suhu mencecah -16C. Tapi yg bestnya, snow takde.

Hari ini pulak, secara rasminya snow turun dengan lebatnya, non-stop dari tengah malam semalam sehingga pukul 5 ptg (setakat yg ternampak la- bila dah gelap di rumah, takdela menjengah keluar tingkap bilik). Tahun ni snow turun seawal 25 Nov 2010 pada minggu lepas tetapi hanya memenuhi segenap ruang di sini pada hari ini.



Ini merupakan snow kali ketiga kami di sini (bermakna ada sekali lg snow untuk diharungi). Hanya pada kali pertama sahaja kami sangat excited, kali kedua biasa-biasa sahaja dan kali ni, kami takde perasaan langsung. Sesungguhnya sejuk yg datang bersama-sama snow itu adalah sesuatu yang dirisaukan. Semoga tahun ni rekod suhu paling sejuk tidak seperti tahun lepas, -25C dan tahun 2008, -15C. Tak sabar rasanya kami untuk pulang bercuti larikan diri daripada cuaca yg sangat sejuk ini. Tak kisah la walaupun hanya sekejap sahaja.




" Snow putih di negara orang, Hujan batu di negara sendiri- lebih baik hujan panas di tempat sendiri"

Keep Warm!


Tuesday, November 30, 2010

It's December!

December means it is the end of the year. What I have achieved this year? What is the target by end of this year? What is my plan for next crucial year? So many Qs and Qs hanging around in my head. I am sure each and everyone of you will have the same Qs with different perspective point of view.

Really Happy coz it's near to Christmas Holiday, so that I could fly back to my home sweet home for a very short holiday since the school, Uni, the institute also will be closed for the festive season celebration.

N ........... suddenly I just realized that I have to see my O&G doctor before March 2011, so it is supposed to be this December, since I am not going to be in Malaysia before March 2011. Oh no, have to make appointment with her, can't remember where did i put my appointment card which i had it in 2008.

Before that, i have to achieve my target in my PhD works. Working under pressure in a very limited time is always my routine ( as far as i can remember, since secondary school - bad habit! please do not follow yea! ;-) ).

Now, let's get back to work!

Bis dann!

Sunday, November 28, 2010

perpisahan

3 minggu bersama seperti 3 hari rasanya. Pejam celik pejam celik masa dah tamat. Aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. Tak dapat nak di update di sini kerana komputer di rumah menjadi rebutan kami berdua.

Hamburg


Stuttgart

Zurich

Interlaken

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setelah 3 minggu kami bersama, kini kami kembali seperti sedia kala. Masing-masing dengan kerja sendiri tetapi tetap mempunyai matlamat yang sama.

Semoga kami tabah dalam menempuh hari-hari yang mendatang. InsyaAllah, berjumpa lagi pada cuti krismas nanti.




" Abg, I am missing you already *sob *sob :-( "


Wednesday, November 3, 2010

changing mode

Sejak dua menjak ni, bila kena selalu mengadap pc (mcm la selama ni tak mengadap pc :p hehehe), membuat kerja-kerja yang belum habis tu, asyik la terasa lapar. Kalau anak-anak lapar tu, biasalah mereka nak membesar. Ini ibu kepada anak-anak itu..Haish apa nak jadi ni. Ibu dia dah cukup "besar" dah.Takkan nak tunggu jadi incredible hulk pulak kan. :-)

Hasrat untuk mengurangkan makan sekarang ni kurang tercapai, asyikla sumbat makanan ke mulut bila waktu malam tiba. Cuma yg di makan itu bukan nasi la...tapi tetap makan hokaayyyy.... Alaaaaaa....tak nak la macam ni, mana pergi semangat "diet" ku hilang?? ohh noo....


I eat a lot now soooooo my GUILTY mode is ON !!!!


jeng jeng jeng..... tiba-tba terbayang satu makanan ni....... ^-^

Ternampak iklan extreme cheesy 6 pizza, Pizza Hut Malaysia...macam sedappppp je!! :-(
(macam tak sedar diri je lagi..hahaha)




Nota kaki : Alhamdulillah, duit scholar dah masuk hari ini. Bolehla "dermakan" kepada yg berkenaan.

Tuesday, November 2, 2010

Kenapa ye?

Sedang aku menyiapkan report untuk meeting dgn supervisor esok, tiba-tiba teringat nak bukak page lain selain dari matlab dan powerpoint yg sedang aku kerjakan. Website deutsche bank yg aku belek. Dalam hati berkata, agak-agaknya duit scholar kali ni dah masuk ke belum eh?Tapi detik hatiku berkata "belum lagi" walaupun hari ni dah masuk 2 november. Sepatutnya masuk selewat-lewatnya 31 Oktober 2010 lah kan.

Seperti yang terdetik dalam hati, maka punahla harapan aku untuk melihat 4 angka pada baki akaun semasa. Hmm....lambat lagi duit masuk kali ni. Dalam setahun 4 kali masuk, Jan, April, Julai dan Oktober. Semua hujung bulan sepatutnya. Tapi nampaknya untuk tahun 2010 ini, hanya bulan April je yg masuk on time, tak silap minggu akhir April. Entah apa yg dah jadi aku pun tak tahu. Bulan Januari nanti, standardla..tak akan pernah masuk awal (pengalaman di sini), mesti minggu ke 2 bulan Februari paling awal. Kenapa ye berlaku sedemikian? Wallahualam.

Bila duit masuk lambat, semua pembayaran jadi lambatla. Nak bayar rumah sewa, bil gas, bil elektrik, bil internet, bil telefon dan insurans kesihatan macam mana? Jangan la assume student postgrade yg hanya dapat gaji di Malaysia separuh daripada gaji sebelum cuti belajar, duit tu boleh cover perbelanjaan di sini. Berapa sen sangatla bila di convert ke Euro ni.Tu belum di tolak charge perkhidmatan transfer duit dari Malaysia ke Jerman, Sahla tinggal berapa je bila sampai Jerman, nak bayar rumah sewa pun tak lepas. Lagipun hutang -hutang kat Malaysia siapa nak tolong bayarkan. Betul tak? Lain la kalau aku ni datang dari keluarga berada, tu lain cerita. Mmg takde masalah tang RM ni. Kalau postgrade, majoriti nya bukan hidup seorang diri, ada keluarga yang perlu di tanggung. Bila musim sejuk menjelma, maka keperluan makanan meningkat. Lapar je memanjang.


Tak tahu la sampai bila student postgrade di Jerman ini seperti kurang diberi perhatian. Kasihan kami yang hidup berasingan dan terasing di bumi Jerman ini.

Sekian, luahan hati seorang perantau.