Tuesday, March 2, 2010

Bersyukurla....

Salam,

malam ni tiba-tiba tiada mood nak buat kerja. Mungkinkah teringat family di Malaysia? Suami tercinta sentiasa terpahat di minda dan di hati....tapi yang paling banyak difikirkan sekarang ini ialah persediaan perkahwinan adik bongsu ku..aka cikwan wanurakmal (nama di facebook).

Majlis perkahwinannya ialah pada 27hb Mac ini dan akad nikah akan berlangsung sehari sebelum. Memandangkan kami hanya 3 beradik dan aku satu-satunya kakak yg telah berkahwin, maka sebagai orang yang berpengalaman dan kak long, maka sedikit sebanyak rasa tanggungjawab itu hadir secara tersendiri dalam diri ini. Banyak juga persiapan yg harus dibuat. Almaklumla....ini merupakan majlis perkahwinan kedua dalam keluargaku. Kali pertama ialah majlis perkahwinan ku pada tahun 2001, iaitu lebih kurang 9 tahun yg lepas. Sudah tentu banyak perubahan dari segi persiapannya. Kali ni adik aku memilih untuk mengadakan resepsi di dewan. Bertambahla kerisauan aku terhadap persiapan tersebut.

Kalau di ikutkan hati, hendak saja aku terbang pulang pada esok hari, tapi sayangnya tugasan aku di sini perlu di teruskan, anak-anak pula harus ke sekolah, terutama azhad, tidak boleh sesuka hati ponteng sekolah. Salah di sisi undang-undang di Jerman ini. Insyaallah, kami akan pulang seminggu sebelum majlis diadakan.

Kerisauan ini hanya mampu ku iringi dengan doa...agar segala persiapan berjalan dengan lancar. Amin. Harap adik aku tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran.

p/s: Bersyukurla dengan nikmat yg Allah kurniakan.... Sejuk yg teramat di bumi Jerman ini... Panas terik di bumi bertuah, tanah tumpah darahku, Malaysia. Sesungguhnya, semua kejadian ada rahmat dan hikmah di sebaliknya.


Sekian.

No comments:

Post a Comment