Sunday, February 28, 2010

Happy, Berehat, Letih, Tak Sihat, Berpisah

salam,

Aku sangat Happy sepanjang 2 minggu lepas kerana suami tercinta terbang ke sini untuk bercuti bersamaku. Memang saat-saat yang dinantikan..... Lebih menggembirakan apabila ibu dan ayah mertuaku serta adik iparku turut serta seperti rombongan cik kiah ke jerman pulak...:-D

Walaupun mereka cuma hadir selama 10 hari, tapi ia cukup menggembirakan kami di sini. 4 hari daripada 10 hari itu, aku "berehat" di rumah, tidak ke uni disebabkan oleh azfar yang tidak sihat, azhad yang matanya bengkak sekali dengan trip ke italy.




Sepanjang 10 hari mereka di sini, oleh kerana ini merupakan percutian pertama mereka ke benua eropah, maka aku pun excited utk membawa mereka berjalan-jalan sekitar hannover ini. Kesian mereka, aku "dera" pulak dengan aktiviti berjalan kaki pusing2 tempat2 yang menarik (menarikla sangatkan kat hannover ni...hehhe). Memang sangat letih.ditemani cuaca dan suhu yang kurang cantik, iaitu sekitar 2 darjah. Mereka terpaksa meredah sejuk sambil menikmati suasana sekeliling dan tentu sekali sesi fotografi di setiap tempat sebagai tanda kenangan.





hari terakhir mereka di sini, aku sudah mula merasai yang aku tidak sihat. mungkin kerana cuaca yang tidak menentu....bila dah panas sedikit sekitar 7 darjah, turun semula ke 0 darjah bersama snow...dan kemudian naik semula ke 5 darjah. Mungkin juga aku kepenatan dek kerana excited membawa mereka2 pusing2 tempatku ini. Aku terus demam selama 2 hari dan hari ni baru rasa kurang.Harap2 esok hari isnin, sihat seperti biasa. Puas aku memerapkan diri di rumah selama 2 hari (sabtu dan ahad) semata2 untuk sihat semula seperti biasa.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Berpisah la aku dengan keluargaku pada hari jumaat 26 Feb 2010. Mereka bertolak dari rumahku seawal pukul 5.30 pagi utk ke Airport di Frankfurt.

tinggal la kami untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. Dengan harapan, semoga bertemu lagi 3 minggu lagi. Insyaallah.

Aku perlu menyiapkan tugasan2 yang telah dirancang. Harap dapat memenuhi kehendak tugasan tersebut sebelum pulang bercuti.

Jumpa lagi!

2 comments:

  1. rajin kakak aku menulis di dalam kebusy annyer hehehe....=p

    ReplyDelete
  2. cikkila,
    kakakmu ini kadang2 keboringan di sini...hehehe

    ReplyDelete