Half day kat opis dihabiskan dengan aktiviti menanti technician troubleshoot laptop opis yg tak dapat connect kepada internet. Habis masa begitu saja. Puas di cuba. Ganti kabel, ganti switch, gunakan portable network card tapi tetap tidak berjaya. tepat pukul 12 tghari, tiba-tiba laptop tu boleh berinternet. Technician pun pelik. Baru ingat nak request pc baru, takpela. Gunakan je apa yg ada.Lagi pun pc tu tak dibawa pulang ke rumah. Malas nak angkut mengangkut.
Ptg sesi bertemu dgn supervisor. Bukan perbincangan secara detail tapi pertemuan yg tidak dirancang. Alhamdulillah, permintaanku dipersetujui oleh supervisor. Harap2 lepas ni, orang yg berkenaan dapat membantu aku.
seterusnya aku ke Postbank berdekatan (setelah berjalan 800 meter dari opis) tapi malangnya urusan tak selesai. Aku diarahkan untuk pergi ke Postbank di pusat bandar.Maka aku pun menuju ke pusat bandar. Di bank, Q agak panjang. lebih kurang 10 orang. Dah beratur penat2, sekali tiba giliran aku, pegawai bank tersebut tak boleh berbahasa Inggeris, maka aku di arahkan beratur di kaunter lain (kaunter di mana pegawai tersebut boleh berbahasa inggeris).Alhamdulillah, pegawai kedua ini sangat membantu. Selesai urusan.
Sampai di rumah, tersangat letih. Perut lapar. Kita ikut jadi budak-budakla. Makan apa yg ada. Koko crunch semata pun sedap dimakan begitu saja sebagai dinner hari ini. Dah kenyang mata mengantuk tapi dapur tu sape nak kemas kan. Adui, malasnya.
Satu lagi, esok cita-cita tinggi nak makan nasi goreng. Nasi tak masak lagi, cili api tak blend lagi. Banyak pulak kerja kat dapur menanti ya. Tu belum campur nak pk apa yg patut budak-budak belajar.Maaf la anak-anak ku sayang ya, ibu lately ni tersangatla sibuk, Ibu janji nanti setelah selesai, ibu akan ajar semua benda yg ibu tahu ya.
Dah-dah. cukup2la berblog. bnyk plak nak cerita ek. dah siap kerja, jomla tidur beramai-ramai ya. Esok boleh cuba lagi bangun awal seawal 4 pagi untuk teruskan misi dan visi.
Ya..misi pertama awal pagi esok ialah untuk bergayut dengan suami tercinta.:-)
Rindu nak dengar suara nya!
Orait. Selamat Malam Semua!
