Sunday, October 31, 2010

Welcome November!

A very short update for this weekend. Today is the last day of October and I am too excited to welcome November to be with me and I am sure you know why ;-)

Next Agenda :
1/11/2010 - discussion with a member of the IKT ( my institute in the Uni)
3/11/2010 - Meeting/discussion with my supervisor

Before we can enjoy every moment with my partner in life (not partner in crime haaaa ), I have to prepare two reports for the above meeting. Hope everything will goes well, InsyaAllah.


Let's continue the work!




(counting down again : 5 DAYS TO GO !! )


See ya!

Friday, October 29, 2010

Sedih..

Baru dapat tahu dari suami tersayang yg berita baik di Malaysia tu nampaknya tak jadi...aku tak nak la cerita kat sini secara detail..tapi nak dapatkan A kena ada B tapi once B dah dapat, tiba-tiba A tu dah takde sebenarnya tanpa kami tahu. Sedihhhhhh sanggaatttt....punyala berhempas pulas dari bulan May ari tu, akhirnya A tu dah takde....

Well, apa nak di buat.Nasi dah jadi bubur. Hidup mesti diteruskan. Must be positive, Semua yg terjadi ada hikmah, kita hanya mampu berusaha tapi Allah sahaja yg tahu yg terbaik buat kita semua...

To My Lovely Husband, Kita cuba lagi, fikirkan alternatif lain.. mungkin A bukan untuk kita, ada yg lebih baik menanti kita. Yg perlu sekarang sama-sama berusaha dan berdoa agar semuanya akan berakhir dengan baik secepat mungkin. Amin.



Nota kaki : Rasa mcm di aniaya, hmm..doa org yg teraniaya dimakbulkan Allah, maka berdoa la yg baik-baik.

Wednesday, October 27, 2010

Syukur....

Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah yang memberi rezeki kepada umat manusia. Wah...walaupun hari ini agak letih, atas urusan lab (dan yg sedihnya, lab hari ini kurang menjadi), tapi aku tetap gembira dan bersyukur dgn nikmat yg telah dikurniakan terutama sekali pada minggu ini.

Banyak betul berita baik...(separuh tu dah letak dalam entry sebelum ini) tapi nak letak juga di sini. Nak berkongsi rasa kegembiraan yang tak terkira pada saat ini bersama semua orang. Bukan niat untuk menunjuk atau membangga diri, sekadar berkongsi suka duka bersama kenalan di sini.

1) Suami tercinta datang bercuti di Jerman minggu depan.

2) Tahun ini dapat berhari raya Aidiladha di Jerman satu keluarga.

3) Akan bercuti ke tempat yang di idam-idamkan oleh kebanyakan orang.

4) Azhad dapat celebrate birthday bersama ayah dan ibu.

5) urusan penting kami di Malaysia diluluskan. Seronok sangat!!.

6) Aku tak perlu ambil apa-apa subjek di Fakulti di sini kerana komitee bersetuju bahawa Master dan Degree serta pengalaman bekerja aku sudah memadai dan boleh disamakan dengan kelulusan Diplom-Ing di Jerman. Kalau kena ambik even satu subjek, alamak aii..tak tahu la mcm mana nak survive...semuanya dalam bahasa Jerman(lecture, assignment, project, exam etc) ...aku ni dah la zero bahasa diorang ni. Legaaaaa......

All in all, minggu ni sangat membahagiakan. Tapi tak lupa juga, ada tugas-tugas penting yang tiba-tiba muncul ntah dari dinding mana atau komputer siapa dan tiba-tiba ada dalam email Uni semalam. :-) Ada 1 kerja due esok, 1 kerja due isnin pagi-pagi dan 1 kerja due rabu minggu depan.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku harus melangkah dengan penuh yakin dan ingatlah... MALAYSIA BOLEH!!!

Jumpa lagi!!

Nota kaki :
Perjuangan harus diteruskan!!

Tuesday, October 26, 2010

Satu Dua Tiga dan seterusnya

Hari ini tak pergi Uni.."Work from Home" sahaja. Keletihan semalam tak hilang lagi rasanya. Baru kena berdiri selama 3 jam lebih ( buat lab) dah letih. Itu pun lab tak habis lagi, sambung esok, hari Rabu (labmate ada hal pulak hari ni). Plus, pagi semalam, aku rush pergi kedai beli child car seat. Takut-takut kehabisan stok benda tu. Almaklumla, benda ni kalau di cari memang susah nak jumpa, tapi bila kita tak nak guna, sentiasa ada je di depan mata. Petang pulak berurusan di Haupbahnhof (railway station). Apalah nak jadi, badan tak cergas, jadi macam ni la...sikit je dah letih.


Takde benda nak story-mory ni..Cuma sedang ber"count down" saat satu keluarga bersatu semula..cheh wah..ala-ala reunion gitu..Suami tercinta datang Hannover... Bila sampai? :-)


10 HARI LAGI !!!

Kira...jangan tak kira....excited....dalam hati ada taman...bunga-bunga cinta..semua lah ada... :-)

Dan aku pun dah plan untuk pergi makan angin 3 hari..keluar dari Hannover ini....Tempat bercuti, masih di rahsiakan. Tunggula entry bila dah balik bercuti tu ya ;-)

Here are the check list :

1) Accommodation - booked!
2) Rent a Car - booked !!
3 ) Child car seat - bought!
4) Itenary - roughly planned !
5) food - yg ni belum lagi...weekend nanti la kot :-)


Tak sabar rasanya. Dah lama tak pergi bercuti. Tak kisah la sesingkat mana pun cuti tu. Tapi bercuti bersama keluarga sangat bahagia. Dan yg penting, kali ni kami pergi bercuti tanpa perlu check in flight seperti cuti-cuti sebelum ini......Mesti seronoknya lain.... Orait.... Jumpa lagi!!


Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010

Tarikh hari ni sangat cantik kan? 20.10.2010...hmm...takde makna apa2 pun buat diriku. Cuma nak memberitahu hari ni dah pun masuk 20-an dalam bulan Oktober ni. Kerja pun semakin mencabar, hidup pun macam biasala semakin mencabar, haruslah kan, kalau tak, tak dinamakan pelajar phd pulak kan.

Tapi tu semua tak penting, yang penting aku dah mula mengira hari yang dinanti-nantikan. tapi takdela berdebar-debar mcm pengantin baru pulak kan....cuma excited nya dah bermula... :-D






16 DAYS to go!!!!



Kekasih hati ku nak datang Germany! takdela lama cuma 3 minggu je. Tapi bolehla senyum lebar bila satu keluarga kembali bersama.

Ya Allah, permudahkan la urusan kami, Amin.


Pssstt.....boleh la plan pergi bercuti kan? hehehe

till then...Daaa!!!




Saturday, October 16, 2010

sejuk Oooo Sejuk

Oleh kerana hari ini seharian hujan turun, bila berada di luar tu...sejuk la sangat ku rasa. Macam mana la nak menghadapi musim sejuk/salji yang bakal muncul tak lama lagi... ini baru 4- 9/10 darjah...nanti kalau dah minus....macam mana?

alahai.....

walau pun sejuk semakin ketara, aktiviti seharian mesti di teruskan juga. Contohnya seperti aktiviti makan mee kari dan bubur kacang+jagung yang disediakan oleh Chef Aina. * Terima kasih daun keladi Aina!! ;-) *terlupa snap gambar food tadi...dah tak sabar nak makan...dan sedapppp !!

Tapikan.....tiba-tiba aku terasa, alangkah indahnya jika kami berada di tanah air tercinta sekarang ini..pasti udaranya nyaman sekali :-) mode jiwa kacau !! ;-)


Bis dan!!



p/s : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... :-)

Thursday, October 14, 2010

Terharu....

Sebuah lagu yang aku tak pernah dengar namun liriknya sangat menyentuh jiwa dan sanubari ku yang jauh di mata mu tetapi sentiasa dekat di hati....

BAIK-BAIK SAYANG - waliband

ku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Sangat terharu bila mendengar lagu ini ...sangat menyentuh jiwaku... kompemla aku menangis walau pun lirik ni suruh jangan menangis... :-(





Thanks for this song. I Miss You Sooo Muchhh !!

p/s : Alhamdulillah...cuti suamiku di luluskan....