Tuesday, October 26, 2010

Satu Dua Tiga dan seterusnya

Hari ini tak pergi Uni.."Work from Home" sahaja. Keletihan semalam tak hilang lagi rasanya. Baru kena berdiri selama 3 jam lebih ( buat lab) dah letih. Itu pun lab tak habis lagi, sambung esok, hari Rabu (labmate ada hal pulak hari ni). Plus, pagi semalam, aku rush pergi kedai beli child car seat. Takut-takut kehabisan stok benda tu. Almaklumla, benda ni kalau di cari memang susah nak jumpa, tapi bila kita tak nak guna, sentiasa ada je di depan mata. Petang pulak berurusan di Haupbahnhof (railway station). Apalah nak jadi, badan tak cergas, jadi macam ni la...sikit je dah letih.


Takde benda nak story-mory ni..Cuma sedang ber"count down" saat satu keluarga bersatu semula..cheh wah..ala-ala reunion gitu..Suami tercinta datang Hannover... Bila sampai? :-)


10 HARI LAGI !!!

Kira...jangan tak kira....excited....dalam hati ada taman...bunga-bunga cinta..semua lah ada... :-)

Dan aku pun dah plan untuk pergi makan angin 3 hari..keluar dari Hannover ini....Tempat bercuti, masih di rahsiakan. Tunggula entry bila dah balik bercuti tu ya ;-)

Here are the check list :

1) Accommodation - booked!
2) Rent a Car - booked !!
3 ) Child car seat - bought!
4) Itenary - roughly planned !
5) food - yg ni belum lagi...weekend nanti la kot :-)


Tak sabar rasanya. Dah lama tak pergi bercuti. Tak kisah la sesingkat mana pun cuti tu. Tapi bercuti bersama keluarga sangat bahagia. Dan yg penting, kali ni kami pergi bercuti tanpa perlu check in flight seperti cuti-cuti sebelum ini......Mesti seronoknya lain.... Orait.... Jumpa lagi!!


No comments:

Post a Comment