Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Hari ini ramadhan ke 30. Semua umat islam bakal menyambut Aidilfitri pada esok hari.

Bersyukur kerana aku di beri kesempatan untuk beraya bersama keluarga tersayang.. di tanah air tercinta. Walaupun suami tercinta perlu bertugas pada hari raya pertama dan ketiga, namun aku tetap happy kerana dapat bersama2 di aidilftri tahun ini.

Aku masih di Nilai. Menyelesaikan kerja2 mem"packing" barang2 untuk di bawa pulang bercuti selama seminggu. Kami akan bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 4 petang. Malam ini, ada program takbir raya dari rumah ke rumah di kampung mertua ku. Selalunya kaum wanita hanya duduk di rumah menyediakan juadah untuk hari raya dan untuk peserta2 takbir tersebut.

Raya ke 3 selepas isyak, kami akan bertolak ke rumah keluarga ku di Johor Bahru selama 3 malam. Tak sabar rasanya nak beraya bersama2 sanak saudara.

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua keluarga tersayang, sahabat handai jauh dan dekat, serta sesiapa yg mengenali diri ini.

Semoga Aldilfitri ini menjadi kenangan terindah.

Salam Syawal !

Thursday, September 2, 2010

PaRam

Salam Satu Malaysia....

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Sudah 53 tahun negara kita merdeka...Semoga kebebasan yang diperolehi di gunakan dengan sewajarnya demi masa depan semua....


Bila dah sampai di tanah air tercinta.. Pasar Ramadhan aka PaRam...wajib di kunjungi..mana tidaknya...ingin bercuti dari aktiviti memasak...tapi memandangkan makanan dan minuman yang dijual agak mahal sedikit....jadi tidakla bersakan di PaRam itu...

Pesan kepada Azhad, " Abg Long boleh beli 2 food n 1 drink only"....harus tetapkan supaya takdela dia nak beli semua benda bila nampak semua benda.... Azhad memang anak yang baik, dia tidak membantah pesanan ku itu.

Tak sabar nak shopping baju raya sedondon...warna tema tahun ini? hmm...jeng jeng jeng...tunggu hingga raya nanti ya.... :-) bila dah dapat baju raya, kena la pk kuih raya sbg buah tangan kepada kedua-dua emak. semestinya kuih "tunjuk"la..kerana sedari dulu aku mmg tidak berminat membuat kuih raya..apa tah lagi...aku takdela se"free" mana masanya....wpun berada di tanah air..tetapi "kerja2 phd" masih harus di lakukan ....sekurang2nya 6 jam sehari, Insyaallah.

Alhamdulillah...lagi seminggu kita semua akan menyambut Aidilfitri yang mulia...Tak sabar rasanya nak mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai....

Selamat Berbuka!!

Monday, August 23, 2010

Sabar.....

Salam Ramadhan,

hari ni ramadhan ke 13 umat islam berpuasa. Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah dari-Nya. Sebenarnya, bukan nak cerita pasal bulan puasa..tapi nak cerita perihal laptop ku ini...Cik Compaq...

Cik Compaq ku ini sudah berusia 2 tahun setengah....dan pernah di format sebanyak 3 kali, dah di tukar OS nya....baterinya dah kiok, dan sekarang ni...satu lagi hal..tak boleh nak di on langsung.... alahai cik compaq...jangan la begini..hamba nak buat kerja...bertimbun2 ni...bukan bermakna, bulan puasa...kerja pun kena puasa...oooo tidak!!! sekurang2nya kena la buat sesuatu setiap hari..terutama weekdays....

ni yang nak kena check it out ....harap2la...ianya cuma masalah kabel atau/dan adapter sahaja....bukan masalah pada cik compaq itu sendiri...kalau tidak...menangis tak berlagula hamba!!! bukan apa...m-file matlab yg terkini ada di dalam itu!! dan hanya dalam tu ada software latex utk menulis tesis...

SABAR wahai owner cik compaq iya.... fikir2kan la solutionnya....

SELAMAT BERBUKA PUASA SEMUA!!
(* jom ke PARAM! o__0)

Tuesday, August 10, 2010

Bulan Pelbagai Gelaran

Bulan Ramadhan yang mulia ini juga dikenali dengan pelbagai gelaran. Marilah sama-sama kita hayati.
* Bulan Puasa – kerana Allah memerintah kita berpuasa sebulan di bulan ini.
* Bulan Nuzul Quran – Al-Quran diturunkan Allah dari sisi-Nya ke langit dunia (al-Baqarah: 185)
* Bulan Lailatul Qadar – Terdapat satu malam pada akhir bulan ini iaitu malam yang lebih daripada seribu bulan (al-Qadr: 1-5)
* Bulan Hadiah – dianugerah khusus bagi umat Muhammad saw dan tidak kepada umat-umat lain
* Bulan Penghulu Bulan – terpilih dari sebelas bulan yang lain kera ia adalah sebaik-baik bulan
* Bulan Keampunan – Orang yang berpuasa serta beribadat di dalam nya dengan mengharapkan keredhaan dan kasih sayang Allah swt akan diampunkan segala dosa yang terdahulu dan kemudian.
* Bulan Gandaan – Setiap amalan yang ikhlas pada bulan ini, baik amalan wajib maupun sunat digandakan ganjaran pahalanya berlipat kali ganda.
* Bulan Keberkatan – Setiap perkara, amalan dan ibadah malah sepanjang bulan ini penuh dengan keberkatan – “Ramdhan al- Mubarak”
* Bulan Ibadah – umat Islam berlumba-lumba melaksanakan berbagai ibadah baik wajib mahupun sunat. Solat berjamaah, bertarawih, bertilawah, berbuka puasa , bersahur,bersedekah ,berqiamullail, mengurus rumah tangga, mencari nafkah yang halal semuanya adalah ibadah.
* Bulan Kemuliaan – atau bulan rahmat kerana semua syaitan akan dirantai, semua pintu syurga akan dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.
* Bulan Junnah Hasinah – bulan perisai/pendinding kerana puasa yang sebenar ialah puasa yang dapat membentengi diri dari segala bentuk kejahatan dan benteng kepanasan api neraka.
* Bulan Riadhah – bulan latihan kerana pelbagai program dan pengisian disediakan sebagai panduan untuk dipraktik pada sebelas bulan yang mendatang.
* Bulan Kesabaran – bulan ini menuntut kesabaran setiap mukmin dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Sabar mengekang keinginan nafsu yang keji.
* Bulan Taqwa – membina taqwa adalah tujuan dan matlamat puasa (al-Baqarah : 185)
* Bulan Keikhlasan – Hanya mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharap redha Allah sahajalah yang akan diampunkan dosanya yang terdahulu atau kemudian.
* Bulan Jihad – Orang yang berpuasa sebenarnya sedang berperang dengan nafsunya yang keji lagi tidak pernah puas.
* Bulan Mustajab Doa – Sepanjang Ramadhan sangat makbul berdoa khasnya sewaktu berbuka.
* Bulan Zakat – zakat harta membersihkan harta, maka puasa pula zakat bagi tubuh badan.
* Bulan al-Farah – bulan kegembiraan kerana para mukminin sangat ceria, terhibur dan bergembira di bulan Ramadhan. Sabda Nabi saw : “ Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu Allah.”
* Bulan Kesihatan – Muslim yang ikhlas berpuasa kerana Allah dianugerah kesihatan yang baik.
* Bulan Syafaat – Sabda Nabi saw : “Puasa dan al-Quran itu akan memberi syafaat kepada hamba-hamba( dengan izin Allah) pada hari kiamat nanti .” (Riw: Ahmad dan Thabrani)
* Bulan Penghapus Dosa – penghapus dosa-dosa kecil secara tahunan bagi mereka yang menghayati Ramadhan dengan sepenuhnya.
* Bulan Keimanan – menyuburkan keimanan dan setiap amalan juga dipersembahkan dengan penuh keimanan bagi mengharap rahmat Allah swt.
* Bulan Kebajikan – Rasulullah saw menggandakan segalan amalan kebajikan seperti sedekah pada bulan ini.



KEM RAMADHAN


Berapakah usia anda sekarang ? Berapa kalikah anda telah bertemu Ramadhan selepas usia baligh ? Sepuluh? Lima Belas? Dua Puluh atau lebih?

Sebanyak mana kita bertemu Ramadhan maka sebanyak itulah kita telah memasuki Kem Latihan Ramadhan.

Di dalamnya kita dilatih bersahur, berbuka, menahan lapar dan dahaga, melawan nafsu, mendekatkan diri dengan Allah, menjaga mata, mulut, lidah, telinga dan anggota badan yang lain, bersedekah, pemaaf dan seumpamanya.

Sepatutnya selepas belasan dan puluhan tahun kita memasuki kem ramadhan , maka jiwa, mental dan fizikal kita semakin bertambah baik Kita menjadi manusia yang semakin sabar, semakin pemurah, semakin penyayang, semakin berhemah, semakin berkeyakinan, semakin proaktif, semakin berwawasan dan semakin maju dalam serba serbi yang bersesuaian dengan syariat.

Maka pada kesempatan Ramadhan kali ini, elok rasanya kita bertanya pada diri mmasing-masing: ‘Dapatkah aku menjadi lebih baik dalam Ramadhan kali ini berbanding dengan Ramadhan yang lalu?’
Wasalam.

p/s : di ambil daripada page seorang sahabat yg juga sedang merantau menimba ilmu di bumi Allah.

pour N mix

Lately, I am having not a very good feeling especially after working hours.
I have pour all the feelings n it have been mix in my body and mind.

MIX FEELING!!!

*two words that came across my mind.


sad, happy, stress, no feeling, excited, worried, angry, and many more,
couldn't describe anymore here in words.

Me myself, didn't know why and how it's happened. Alhamdulillah, I don't feel it for 24 hours. Somehow, it's disturbing my mind while at home. Hope it won't last forever. Amin.

Sunday, August 8, 2010

Ucapan

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia, terutama sekali buat keluarga & rakan-rakan yang mengenali diri ini
dan khas buat YANG TERSAYANG di tanahair tercinta.
Semoga Amal Ibadat kita semua di terima Allah SWT. Amin.


Friday, August 6, 2010

Merenung...Berfikir....

Di kala badan sudah letih, di waktu jam menunjukkan hampir ke pukul 12 tengah malam, aku tak dapat melelapkan mata. Entah apa yang difikirkan. Banyak. Terlalu Banyak.

Namun aku sedar, semuanya telah ditentukan Oleh Maha Pencipta. Jangan di lihat kembali apa yang telah berlaku. Jadikan ia satu pengajaran.

Apa yang perlu sekarang ialah BERUSAHA, BERTAWAKKAL dan REDHA.
Pasti semua ada Hikmahnya.
Amin.