Hari ini ramadhan ke 30. Semua umat islam bakal menyambut Aidilfitri pada esok hari.
Bersyukur kerana aku di beri kesempatan untuk beraya bersama keluarga tersayang.. di tanah air tercinta. Walaupun suami tercinta perlu bertugas pada hari raya pertama dan ketiga, namun aku tetap happy kerana dapat bersama2 di aidilftri tahun ini.
Aku masih di Nilai. Menyelesaikan kerja2 mem"packing" barang2 untuk di bawa pulang bercuti selama seminggu. Kami akan bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 4 petang. Malam ini, ada program takbir raya dari rumah ke rumah di kampung mertua ku. Selalunya kaum wanita hanya duduk di rumah menyediakan juadah untuk hari raya dan untuk peserta2 takbir tersebut.
Raya ke 3 selepas isyak, kami akan bertolak ke rumah keluarga ku di Johor Bahru selama 3 malam. Tak sabar rasanya nak beraya bersama2 sanak saudara.
Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua keluarga tersayang, sahabat handai jauh dan dekat, serta sesiapa yg mengenali diri ini.
Semoga Aldilfitri ini menjadi kenangan terindah.
Salam Syawal !
Happy 17th Birthday, ABIN
4 weeks ago
Selamat hari raya, k.wan! still kat germany lg ke?
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Fedy...yup..masih di sini... :-)
ReplyDelete