Saturday, October 16, 2010

sejuk Oooo Sejuk

Oleh kerana hari ini seharian hujan turun, bila berada di luar tu...sejuk la sangat ku rasa. Macam mana la nak menghadapi musim sejuk/salji yang bakal muncul tak lama lagi... ini baru 4- 9/10 darjah...nanti kalau dah minus....macam mana?

alahai.....

walau pun sejuk semakin ketara, aktiviti seharian mesti di teruskan juga. Contohnya seperti aktiviti makan mee kari dan bubur kacang+jagung yang disediakan oleh Chef Aina. * Terima kasih daun keladi Aina!! ;-) *terlupa snap gambar food tadi...dah tak sabar nak makan...dan sedapppp !!

Tapikan.....tiba-tiba aku terasa, alangkah indahnya jika kami berada di tanah air tercinta sekarang ini..pasti udaranya nyaman sekali :-) mode jiwa kacau !! ;-)


Bis dan!!



p/s : hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri... :-)

Thursday, October 14, 2010

Terharu....

Sebuah lagu yang aku tak pernah dengar namun liriknya sangat menyentuh jiwa dan sanubari ku yang jauh di mata mu tetapi sentiasa dekat di hati....

BAIK-BAIK SAYANG - waliband

ku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku


Sangat terharu bila mendengar lagu ini ...sangat menyentuh jiwaku... kompemla aku menangis walau pun lirik ni suruh jangan menangis... :-(





Thanks for this song. I Miss You Sooo Muchhh !!

p/s : Alhamdulillah...cuti suamiku di luluskan....

Tuesday, October 12, 2010

Ada Hikmah di sebaliknya

Hari ini hari yang berdebar buat diriku, suamiku serta adik ku, uda. Ada apa? hmm....sesuatu yang tak boleh dikongsi dengan semua orang...bak kata Siti Nurhaliza.." Biarlah Rahsia".

To Uda, Terima kasih kerana telah menjalankan perananmu ke arah kebaikan semua orang. Walau apapun reaksi mereka, ingatla tujuan kita berbuat demikian. Tentu ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Aku hanya mampu berdoa dari kejauhan ini agar semuanya selesai.
" Ya, Allah, permudahkan la urusan mereka di sana..Amin".

p/s : Berdoa juga agar permohonan cuti suami tersayang diluluskan. Amin. ^-^

Saturday, October 9, 2010

tambah lagi??!!!

Haaaaaa.......apa yg korang terpk bila baca tajuk entri kali ini...hahahaha.....macam-macam boleh dikaitkan dengan word"tambah" itu.... oooohhhh tidaaakkkk.....aku belum lagi berkeinginan untuk menambah ahli keluarga ya....let me finish my very big TASK in my life right now.....and now i am working under preassure....almaklumla..tinggal waktu2 kecemasan ini.....

Tapi tak elok sebenarnya tensen2 sangat, boleh menjejaskan kesihatan. Tetiba teringat pada seorang Prof. di fakulti aku, Fakulti kejuruteraan, ukm yg baru2 ini jatuh sakit, kalau tak silap darah beku dan salah satu sebabnya ialah bekerja kuat sangat2 dan preasure. (maaf, kalau cerita ini kurang tepat, kerana aku tak ingat...hanya tahu melalui pembacaan email2 rasmiku, email di ukm). Oleh itu, kesihatan perlu di utamakan juga ya kawan-kawan!



Tambah lagi kerja-kerja urusan belajar aku di sini ??? haaa...kalau yang ini sudah tentu. ia adalah sesuatu yang dijangka...tak boleh kalau aku nak cakap tidak kepada kerja-kerja yang perlu dilakukan....yang ni kena fikir semula......apa tujuan utama aku merantau beribu kilometer, merentas lautan, terbang di awan biru dan sanggup untuk berpisah sementara dengan sang kekasih hati, pencinta, dan penglipur lara ku nun di tanah air tercinta?? Siapa saja yang sanggup dengan PJJ ini?? * Perhubungan Jarak Jauh

Ooppsss....kalau bukan tambah yg kat atas tu, apa lagi ya??? hmm....sesuatu yg aku tak berapa berkenan...bila di kaitkan dgn TAMBAH ini.... guess what??

the answer is.......

TAMBAH BERAT BADAN!!!!!!

oooohhhhh tiiidaaaakkkkk!!!!! dah la sekarang ni dah nak masuk musim sejuk...belum pun musim sejuk, baru musim luruh...tapi di sebabkan dah rasa sejuknya udara di dalam rumah apa tah lagi di luar rumah, maka selera pun lain macam je ..... sejuk je lapar..lapar je sejuk..haish...tak boleh di biarkan ni... I have to do something about it.....think ...think..think!!!

Kalau macam ni...nak cari geng la untuk bersukan....memeluhkan badan...agar kurang kan stress.. dan of course...kurangkan berat badan....harap2 berjaya la walau pun tidak la berjaya dengan jayanya ya.....

so....sape la nak jadi geng sukan aku ya...huhuhu...kalau dengan anak-anak, main kejar2 boleh la.




Jom Main Badminton kawan-kawan!!

Sunday, October 3, 2010

penonton dan pendengar

Sedar tak sedar, syawal hampir tiba di penghujungnya. Kemeriahan menyambut syawal masih bermain-main di fikiran terutama sekali wajah kesayangan hamba, yang jauh di mata tapi tetap dekat di hati sanubari. :-)


Raya ke 3: Dari Melaka nak ke JB


Walaupun sibuk dengan tugasan seharian di bumi asing ini, aku tetap ingin merehatkan minda sebentar dengan menonton wayang gambar oopppsss.....bukan pegi tengok wayang, tetapi drama-drama di channel favourite secara online. Tapi alangkah hampa rasa di hati ini kerana sesungguhnya sistem baru menonton secara online itu adalah sangat tidak efisen. Bukan aku sorang je yg komplen, ada lagi beberapa orang yg senasib denganku.

Bukan itu saja, radio kesukaan ku juga tidak dapat ku dengar. Ohh..sesungguhnya aku mahu jadi pendengar yang setia ( cheh wah!! ) tapi sekali lagi ia menghampakan. Aku tidak dapat lagi mendengar radio itu secara online juga.

Jadi, untuk menghiburkan hati yang sedang ......... (hmm...apa ek :P hehehe), aku sangat suke mendengar 2 lagu ini dari filem Magika. Best cerita ni aku rasa *wink * wink.

SELAMAT MENONTON DAN MENDENGAR !!!








p/s : Teater Muzikal Tun Mahathir pun macam best!!

Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Hari ini ramadhan ke 30. Semua umat islam bakal menyambut Aidilfitri pada esok hari.

Bersyukur kerana aku di beri kesempatan untuk beraya bersama keluarga tersayang.. di tanah air tercinta. Walaupun suami tercinta perlu bertugas pada hari raya pertama dan ketiga, namun aku tetap happy kerana dapat bersama2 di aidilftri tahun ini.

Aku masih di Nilai. Menyelesaikan kerja2 mem"packing" barang2 untuk di bawa pulang bercuti selama seminggu. Kami akan bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 4 petang. Malam ini, ada program takbir raya dari rumah ke rumah di kampung mertua ku. Selalunya kaum wanita hanya duduk di rumah menyediakan juadah untuk hari raya dan untuk peserta2 takbir tersebut.

Raya ke 3 selepas isyak, kami akan bertolak ke rumah keluarga ku di Johor Bahru selama 3 malam. Tak sabar rasanya nak beraya bersama2 sanak saudara.

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua keluarga tersayang, sahabat handai jauh dan dekat, serta sesiapa yg mengenali diri ini.

Semoga Aldilfitri ini menjadi kenangan terindah.

Salam Syawal !

Thursday, September 2, 2010

PaRam

Salam Satu Malaysia....

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Sudah 53 tahun negara kita merdeka...Semoga kebebasan yang diperolehi di gunakan dengan sewajarnya demi masa depan semua....


Bila dah sampai di tanah air tercinta.. Pasar Ramadhan aka PaRam...wajib di kunjungi..mana tidaknya...ingin bercuti dari aktiviti memasak...tapi memandangkan makanan dan minuman yang dijual agak mahal sedikit....jadi tidakla bersakan di PaRam itu...

Pesan kepada Azhad, " Abg Long boleh beli 2 food n 1 drink only"....harus tetapkan supaya takdela dia nak beli semua benda bila nampak semua benda.... Azhad memang anak yang baik, dia tidak membantah pesanan ku itu.

Tak sabar nak shopping baju raya sedondon...warna tema tahun ini? hmm...jeng jeng jeng...tunggu hingga raya nanti ya.... :-) bila dah dapat baju raya, kena la pk kuih raya sbg buah tangan kepada kedua-dua emak. semestinya kuih "tunjuk"la..kerana sedari dulu aku mmg tidak berminat membuat kuih raya..apa tah lagi...aku takdela se"free" mana masanya....wpun berada di tanah air..tetapi "kerja2 phd" masih harus di lakukan ....sekurang2nya 6 jam sehari, Insyaallah.

Alhamdulillah...lagi seminggu kita semua akan menyambut Aidilfitri yang mulia...Tak sabar rasanya nak mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai....

Selamat Berbuka!!