Sudah hampir 5 hari waktu bekerja aku hilang semangat. Tak tahu mana pergi semangat itu. Bukan takat semangat buat kerja, semangat untuk memasak pun takde. Sekali sekala makan Magie beramai-ramai pun sedap juga.
Tapi masa itu tak disia2kan begitu sahaja. 2 hari aku habiskan dengan membeli belah (macam la banyak yg dibeli, 2 je pun).Satu hari lagi utk buat belanjawan memandangkan elaun dah masuk. Apa lagi seperti biasa bayarla rumah sewa, gas dan sewaktu dengannya. Tidak lupa juga insurans dan kali ni yuran uni sebanyak 285 Euro juga turut sama masuk senarai keperluan. Glup..sekejap je duit dah susut. :-) Anak2 pun pandai request utk beli toys kegemaran bila dapat tahu ibu "dah gaji". Nasib baik Abg Long dah besar, dah faham, mintak yg Angebot 1Euro je. kalau 1 Euro setiap bulan pun takpe Abg Long, ibu tak kisah punya.
Dan....hari ni baru dapat mengembalikan semangat ku sedikit. Jangan tanya macam mana tapi aku rasa ia datang dengan sendirinya. (hahaha...logik tak?).
skrin 12 inci yg dah jadi 23 inci, hmm...kalau tak nampak juge, tak tahu la nak kata apa.
stok di depan mata: asam,gula2,biskut,coklat, coco crunch,vitamin & air kosong :-)
Bermula dari hari Khamis minggu lepas, suhu semakin turun. Serendah minus 3 Celcius. Cuaca cepat betul berubah. 2 minggu lepas suhu dah macam nak Spring, setinggi 12 Celcius. Sangat menarik.macam dah boleh tukar jaket spring. Tetapi tiba-tiba cuaca berubah dgn drastik.Itulah kebesaran Kuasa Yang Maha Esa. Subhanallah.
Salji turun lagi minggu lepas. Kebetulan ia turun dgn agak lebat ketika baru keluar dari opis(uni).Tapi Salji-salji ni akan cair sebaik landing di atas permukaan. Takdela se heavy mcm Disember haritu.
Kebetulan, terlupa bawak payung plus pakai jaket without headcover, selamat la bersalji la hari tu dengan jayanya.
Wah!!!! bila la nak masuk spring ni, tak sabar rasanya. Say "No" to the snow wokeh.Tahun pertama mmg la excited tp pertama je la, selepas itu, berdoa supaya snow tidak turun lagi.
Minggu baru ni, weather forecast meramalkan salji mungkin turun lagi. :-( .
Satu lagi, bila sejuk dan semakin sejuk, nanti perut pun semakin cepat rasa nak makan dan makan dan makan lagi. Bila nak "diet" ni?? Hahaha, tepuk dada tanya selera.
Sekarang jam menunjukkan pukul 10.30 mlm. Malam ni rasa sejuk sedikit berbanding dengan minggu lepas. Keadaan sangat sunyi dan sepi. Semua orang sudah tidur dengan lena. Aku pun rasa tenang dengan suasani begini. Tetapi diri ini tak berdaya untuk terus duduk ,mengadap komputer lagi.
Ohh !!! Sesungguhnya mata ku memangla tersangat la mengecil, seperti mata "Garfield". Sangat mengantuk wokeh! Siap terlelap sambil menaip coretan di blog ini. (ish ish ish, sah mengantuk).
Jomla tidur awal (awal lah sangatkan, bila dah dekat pukul 11 mlm). Esok boleh bangun awal.
Hari ni nak bangun pukul 5 pagi, tapi terjaga pukul 6 pagi. Pergi ke postbank seawal pukul 830 pagi tapi bank pulak tak bukak lagi. Tangguh ke petangla urusan bank ini.
Half day kat opis dihabiskan dengan aktiviti menanti technician troubleshoot laptop opis yg tak dapat connect kepada internet. Habis masa begitu saja. Puas di cuba. Ganti kabel, ganti switch, gunakan portable network card tapi tetap tidak berjaya. tepat pukul 12 tghari, tiba-tiba laptop tu boleh berinternet. Technician pun pelik. Baru ingat nak request pc baru, takpela. Gunakan je apa yg ada.Lagi pun pc tu tak dibawa pulang ke rumah. Malas nak angkut mengangkut.
Ptg sesi bertemu dgn supervisor. Bukan perbincangan secara detail tapi pertemuan yg tidak dirancang. Alhamdulillah, permintaanku dipersetujui oleh supervisor. Harap2 lepas ni, orang yg berkenaan dapat membantu aku.
seterusnya aku ke Postbank berdekatan (setelah berjalan 800 meter dari opis) tapi malangnya urusan tak selesai. Aku diarahkan untuk pergi ke Postbank di pusat bandar.Maka aku pun menuju ke pusat bandar. Di bank, Q agak panjang. lebih kurang 10 orang. Dah beratur penat2, sekali tiba giliran aku, pegawai bank tersebut tak boleh berbahasa Inggeris, maka aku di arahkan beratur di kaunter lain (kaunter di mana pegawai tersebut boleh berbahasa inggeris).Alhamdulillah, pegawai kedua ini sangat membantu. Selesai urusan.
Sampai di rumah, tersangat letih. Perut lapar. Kita ikut jadi budak-budakla. Makan apa yg ada. Koko crunch semata pun sedap dimakan begitu saja sebagai dinner hari ini. Dah kenyang mata mengantuk tapi dapur tu sape nak kemas kan. Adui, malasnya.
Satu lagi, esok cita-cita tinggi nak makan nasi goreng. Nasi tak masak lagi, cili api tak blend lagi. Banyak pulak kerja kat dapur menanti ya. Tu belum campur nak pk apa yg patut budak-budak belajar.Maaf la anak-anak ku sayang ya, ibu lately ni tersangatla sibuk, Ibu janji nanti setelah selesai, ibu akan ajar semua benda yg ibu tahu ya.
Dah-dah. cukup2la berblog. bnyk plak nak cerita ek. dah siap kerja, jomla tidur beramai-ramai ya. Esok boleh cuba lagi bangun awal seawal 4 pagi untuk teruskan misi dan visi.
Ya..misi pertama awal pagi esok ialah untuk bergayut dengan suami tercinta.:-) Rindu nak dengar suara nya!