Thursday, December 6, 2012

Cuti Tanpa Rehat :)

Salam semua,

Hari selasa yang lepas, ambil cuti sehari. Walau pun cuti itu dinamakan cuti rehat, ia tidaklah bermaksud atau menggambarkan yang aku berehat di rumah, bersantai-santai di rumah dan memanjakan diri di rumah. Ohhh..memang silap besar nama cuti itu. ;)

Seawal 8 pagi keluar rumah dan menghantar Azfar ke Smart Reader. Selepas itu terus ke Pejabat Pendidikan Daerah Seremban atas urusan pertukaran sekolah anak-anak.Dengan berpandukan GPS "papago"  untuk ke sana, aku telah "sesat" jalan. Berpusing-pusing di kawasan Giant Ampangan. Sememangnya GPS itu tidak membantu. Aku pun ikut kata hati, tanpa gps akhirnya aku sampai di PPD.Ramai betul ibubapa yang hadir di PPD itu. Semuanya nak tukar sekolah anak. Urusan sekolah Azhad selesai setelah setengah jam (tunggu giliran). itu pun di buat secara manual. Tetapi urusan tukar sekolah untuk Azfar yang akan masuk Tahun Satu 2013 ni memang sangat leceh. Sebabnya, urusan tersebut dibuat secara online oleh pegawai yang berkenaan sahaja.

Dipendekkan cerita, selepas satu jam menunggu , pegawai yang berkenaan memberitahu yang sistem online tidak dapat diakses sehigga waktu pagi tersebut. Harus menunggu arahan seterusnya daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Ohh..memang dah agak dah. Kalau buat secara manual, dah lama aku balik rumah. Aku disuruh pulang dan tunggu sehingga mereka call. Well, aku tak tunggu diorang call, aku yang call pegawai tu semalam. DAN pegawai tu beritahu yg sistem masih  ada masalah, jadi proses ditukar kepada manual semula OOOHHHH TIDAKK!!! aku kena buat "lawatan " ke PPD lagi minggu depan.

Aku sampai di Nilai semula pukul 12 tengahari dan terus menjemput Azfar dan ke sekolah baru untuk menghantar surat pengesahan pertukaran sekolah. Tup tup sampai rumah dah dekat pukul 1.30 petang. Dapatla beREHAT 10 minit, apabila Encik Suami balik, kami terus ke Nur Bukit Unggul Eco Resort untuk menghadiri program bersama ibubapa - SUMMER CAMP yg di hadiri oleh Azhad Firas sejak sabtu yang lepas.

Oleh kerana kelewatan acara bermula, maka program tamat pukul 5 petang.Kami terus ke Warta Bangi untuk makan dan ke kedai Game untuk repair PSP yg dah berusia 5 tahun itu. Sampai di rumah pukul 9.30 malam.  Semua dah keletihan. Setibanya di rumah, barulah aku rasa penatnya. Dari pagi  hingga ke petang rasa berTENAGA SENTIASA...Alhamdulillah, Herbalife banyak membantu kesihatan kami sekeluarga (akan aku buat entry khas kisah istimewa ini...tunggu!! )

Herbalife NRG Tea
(NRG Tea by HERBALIFE)

Begitula kisah sepanjang hari pada waktu cuti rehatku :)

Monday, December 3, 2012

Breakfast oooo breakfast...

Salam Semua,

Pernah dengarkan ramai doktor, pakar nutrisi dan pakar pemakanan cakap yang sarapan merupakan hidangan yang paling penting setiap hari...tetapi tahukah anda kenapa?


Sarapan ialah hidangan pertama sekali perut kita terima selepas bangun dari tidur yang panjang (purata 6-8 jam) dan pada waktu itu la perut kita akan serap segalanya pada kadar yang paling tinggi, jadi kalau kita masukkan makanan yang tidak sihat, maka tidak sihatlah kita selepas itu.


Sekiranya kita terus masukkan makanan yang berat dan tinggi karbohidratnya ( seperti nasi lemak,nasi goreng, mee goreng, dll) pagi-pagi, ianya ibarat kita tidur lepas itu tiba-tiba orang simbah air sebaldi dekat kita, lepas tu pankreas akan bekerja keras untuk mengeluarkan insulin untuk tukarkan kepda gula. ini akan menyebabkan penyimpanan lemak bertambah dan jika ini berterusan setiap hari bayangkan apa akan jadi dekat pankreas kita, sebab itu tak hairan ramai yang kena diabetes pada usia 40 tahun.

Jika kita tidak bersarapan pula, konsepnya tetap sama, kita akan terus makan tengahari dimana kita akan makan makanan berat dan tinggi karbohidrat, bukan sahaja tidak elok untuk pankreas, malahan jika kita ingin menurunkan berat badan, memang tidak begitu efektif kerana bila badan kita dalam keadaan yang sangat lapar, metabolisme badan akan terus turun mendadak dan bila kita makan selepas itu, memang badan kita tidak dapat membakar dengan baik makanan tadi.

Oleh itu, Sarapan itu konsepnya sama seperti kita berbuka puasa, bila kita tidur ibarat kita berpuasa dan sarapan itu ialah pembukanya. Jadi, jangan lupa untuk  bersarapan.
Pilihlah makanan yang mudah, ringkas, rendah kalori dan tinggi nutrisi untuk sarapan kita. 


Semua ciri ciri ini ada dalam HERBALIFE :)

Jom cuba Herbalife! Tak rugi apa-apa pun :)
Your HEALTH is MORE WORTH THAN YOUR MONEY :)


Monday, November 26, 2012

Energetic Monday Morning :)



Salam & Good morning everyone!

It has been a very long time since I had my last post. Very sorry for a quiet moment in my entry. It was a really busy and hectic life I had for the past one year. Now, I am back to my normal routine in my lovely country with my  family ! hooray!  :)

Sounds energetic right? ;) Yup, we have to start our day with lots of energy. Why? We need it for the whole day !

It is very simple. we have to eat our breakfast everyday. Breakfast is  very important in our daily life. What do you have for your breakfast today? Me & my family had a very simple & yet a healthy one:




Vanilla Oreo Shake &  teamix! It is super yummylicious with very low calories !

Have a nice day all!