Selama lebih seminggu menanti rakan di Insitut yg sekaligus, InsyaAllah akan menolong membimbing aku, berakhir dengan berita yg sedih semalam. Oh..Allah sahaja yg tahu mcm mana perasaan aku smlm.
Dia merupakan rakyat Mesir, dan pulang ke Mesir untuk bertemu isteri yg baru melahirkan anak ke3, sepatutnya bertemu dengan aku semalam 1 FEb 2011.Tapi,dia terlibat dengan demonstrasi di Kaherah itu, dan mengalami kecederaan. Aku tak dapat nak tulis di sini bagaimana perasaan dan keadaan aku semalam. Doa sahaja yg mampu ku lakukan agar dia kembali ke institut.
Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Petang tadi aku diberitahu bahawa dia selamat tiba di Airport Frankfurt. Yang menjadi tanda tanya aku ialah, dia cedera dan masih boleh "terbang" ke sini. Agak menghairankan. Menurut rakan ku di institut lagi, dia ingin mendapatkan rawatan di sini kerana tidak dapat ke hospital di Kaherah (takut ditangkap).
Berdoa agar dia sihat sepenuhnya secepat mungkin dan dapat menolong aku meneruskan perjuangan ku di sini.
Amin.

Ya Allah.. semoga keadaan di Mesir pulih sperti biasa.. semoga rakyatnya dapat hidup aman dan damai kembali..ameennnn
ReplyDeleteSaya doakan semoga segala yang awak rancang dikabulkan Allah.. Ameen..
ReplyDelete