Friday, December 9, 2011

Q & A



What is the time right now?

10.55 pm.


What's on my mind right now?


weekend.rindu.ngantuk.sejuk. kerja.cikgu.

letih.cuti. sibuk.





Sunday, November 6, 2011

double celebration

Hari ini - 6 hb Nov 2011

Alhamdulillah, hari yg bertuah kerana kami celebrate 2 events yg penting.

1st- Hari Raya Aidiladha. Tidak seperti tahun-tahun lepas, aidiladha kali ni, kami dapat menyambutnya di tanahair.Walau pun hanya dapat balik seminggu, tapi sudah dapat melepaskan rindu buat suasana Raya Korban di tempat sendiri. Tetapi memandangkan kami hanya beraya di rumah sendiri kerana suami tercinta perlu bertugas, maka aku pun perlu la memasak menyediakan juadah utk kami sekeluarga. Seperti yg di request oleh suami, maka ini lah hasilnya:



Nasi Impit, Sambal Kacang, Ayam Masak Merah & Ayam Masak Kicap(utk anak2). Kebiasaaanya pada hari raya akan ada 2 menu lagi iaitu Lodeh dan rendang daging tapi tak diminta kali ini. Bukan apa, semalam hari sabtu, sambil memasak juadah makan tengahari dan juadah utk hari raya, sambil itu juga aku dan suami mengemas bilik bawah kerana stor yg ditempah diruang belakang rumah telah siap. Jadi kami sibuk mengosongkan bilik bawah plus mengedit barang2 tersebut. Terpaksa membelek satu persatu semua barang2 utk di pilih yg mana utk di simpan dan yg mana utk dibuang. Keletihan sangat2.

2nd - Hari ini juga Hari Lahir anak pertamaku, Ahmad Azhad Firas yg ke 9 tahun. Sudah besar anak ibu. Sekejap je dah 9 tahun. Atas permintaan birthday boy, dia nak makan McDonald. Rindu nak makan Bigmac katanya. Jadi, utk dinner, kami pergi ke McD. Adik dia pulak yg sibuk tanya kenapa ibu tak beli kek Secret Recepi seperti selalu. Kami postpone ke hari jumaat kerana ingin menyambut bersama keluarga yg lebih besar. Apa2pun, Ibu doakan anak ibu akan menjadi anak yg soleh, rajin belajar dan menjadi contoh kepada adik. Ibu sayang Azhad!



Salam Aidiladha buat semua!

till then. Tschuss!



Sunday, October 30, 2011

Weekend Kali ini

Weekend yang selalu ditunggu-tunggu setiap kali weekdays menjelma. Kadang tu baru hari selasa, dah sibuk tanya pada diri sendiri kenapa la weekdays ni lambat sangat. Weekend kali ni, alhamdulillah cuaca kat luar baik. Sang mentari menyinar di bumi asing ini, seperti musim panas. Tapi suhunya sekitar 10 hingga 12 darjah celcius. Tidak la berapa sejuk, berbanding dengan 2 minggu yg lepas di mana suhu jatuh serendah 1 darjah Celcius!. Harap-harap tahun ni snow lewat sikitla turunnya. Harap jela. Ramai yg kata tahun ni snow akan turun lebih awal. Wallahu'alam.

Weekend ni si ibu malas nak memasak. Penyakit M tu datang pulak tiba-tiba. Bukan apa, dah jemu makan ayam, ayam, ayam dan ayam. Daging pun ada tapi daging tak dela makan selalu. Mahal pun iya jugak. Kadang tu telur je. Kalau la boleh order kat kedai makanan-makanan seperti di Malaysia, alangkah indahnya. Jangan mimpilah kan, tak tertelan pulak nak makan kebab/doner je. Jadinya, menu santai semalam ialah sambal sardin, cekodok ikan bilis & nasi. Hari ini pulak takde nasi, nak masak bihun goreng pulak. Menu orang"rajin" sebenonya.

Dan esok menjelma semula Isnin. Rutin harian weekdays pun akan berjalan seperti biasa. InsyaAllah.


p/s : rindu nak makan ikan!


Monday, October 24, 2011

multitasking ....larat ke?

Memandangkan percutian di bumi asing ini bakal berada di penghujungnya tidak sampai satu tahun, jadi tuan punya diri pun mula lah berasa gelisah, tak lena tidur. Nasib baik mandi basah dan berselera sahaja untuk makan.

Sedaya upaya memerah keringat yg ada. Memang tak menang tangan dibuatnya. Siang hari di uni membuat lab dan/ menghasilkan keputusan2 yg sepatutnya. Di rumah, bila tiba masa ibu belajar, sambil mendapatkan /data daripada aturcara yg agak kompleks sambil itu juga menjadi pengarang. Otak ni dah berkarat, rasa macam dah lama tak menulis ayat berbahasa inggeris. Apa tah lagi Technical English Language. Mmg berbuih nak dapatkan 1 mukasurat sekalipun.

Selama ni mengajar Azhad menulis karangan BM lah, BI lah, sekarang ni ibu dia pulak. "Adui....ibu pun fenin nak buat ayat la Abg Long (panggilan utk Azhad). " Respon abg long " Nasib baik ibu tak kena tulis auf deutsch, ibu". Huh, tak dapek den nak nolong. BI ni pun terkedek-kedek macam itik pulang petang. Ini baru permulaan, ada banyak lagi nak kena di karangkan.



Hish, tak larat la nak buat sampai 8 tasks macam kat gambar atas ni. Boleh fengsan tengah jalan nanti! ^-^

Apa2 pun, perjuangan harus diteruskan!

Bis dann!

Thursday, October 20, 2011

kenapa?

Luahan hati sanubari ini terhadap situasi yg semakin menjadi-jadi, dan aku terpaksa sabar dan sabar dan sabar... :(

Kenapa bangsa dia suka bercakap kuat-kuat dengan nada tinggi?

Kenapa bangsa dia suka-suka dengar youtube/call guna komputer menggunakan loudspeaker wpun dia tahu dalam bilik opis ni ada org lain selain dari bangsa dia?

Kenapa bangsa dia, kalau nak telefon, mesti time waktu opis hampir setiap hari?

Kenapa dia tak pernah tepati masa seperti yg dijanjikan? SETIAP JANJI kecuali kalau melibatkan "boss", baru dia tepat masa?

Kenapa suka berbincang dengan aku setelah 2 jam atau 3 jam aku tunggu dan waktu itu merupakan time utk aku balik? kat rumah aku nak masak, makan etc....?? Takkan aku nak duduk kat opis sampai tgh malam mcm dia? Hello, bas kat sini tak efisen ok?!

Kenapa dia bila depan boss semua boleh-boleh tapi sebenarnya dia buat tak gheti je dengan apa yg dia dah cakap depan boss?

Kenapa semua benda yg dia janji, akhirnya aku yg kena buat/tanggung?

Kenapa dia suka ketuk-ketuk meja bila buat sesuatu yg kononnya dia la hebat? Ketukan yg sangat kuat ok?

Setakat ini, itu la kenapa yg aku ada..mungkin list ini akan bertambah selagi aku belum pulang ke tanah air setelah menghabiskan cuti panjang ku... Kalau aku tak sabar, dah lama aku STOP.

Ohh...semoga Allah berikan aku kekuatan, kecekalan, kesabaran dan keikhlasan dalam menjalankan kehidupan seharian di bumi asing ini... Amin.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul "

p/s : hari-hari makan hati, lama-lama habisla hatiku... Oooo tidak!! hatiku hanya untuk cintaku!


Wednesday, October 12, 2011

cerita hari ini

Pagi tadi hujan turun, hujan yang sederhana. Siap berlari-lari anak sambil pegang payung sebelah tangan dan sebelah lagi tarik beg. Tercungap juga berlari sebab nampak bas dah nak sampai. Kalau terlepas, kena tunggu 20 minit lagi.

Setibanya di office hari ini, setelah beriya-iya seperti biasa on lappy, pasang cable internet, cable untuk power supply, bekal air dan makanan,pencil box, sekali satu benda cari-cari tak jumpa.

LUPA BAWAK BUKU NOTA/LOGBOOK !!!!!

tanpa buku itu, kerja ku tak menjadi kat office, kat buku tu la aku tulis semua benda yg berlaku pasal kerja-kerja di sini, dan selalunya tulis -what to do next/tomorrow.

Nak patah balik, tak berbaloi, bangunan baru ni sistem pengangkutan tak berapa bagus. Kalau nak patah balik rumah untuk ambik buku tu, bukan patah balik tapi kakiku yg "patah" nanti. ^-^

sebelum balik nak jumpa dengan technician, tunggu punya tunggu, end up pukul 12 lebih baru tahu yg dia tak datang kerja hari ini kerana tidak sihat. Apa lagi, cabut balik rumahlah.



Ps: Agak stress sikit sbb "janji manismu" hanya tinggal janji. Aku juga yang kena buat. Depan bos, sangat baik, semua boleh tapi ....Dan Sebenarnya.... Hanya Allah Maha Mengetahui.

Sunday, October 9, 2011

Dan ......

Saya sedang banyak sangat kerja di sini DAN saya Rindu Cinta Hati saya ! :(




Wednesday, October 5, 2011

nak pergi WC pun susah !!

WC ?? apa tu? WC tu maksudnya toilet. Makanya, kalau ada di antara anda yang sampai ke Jerman ini dan mahu cari toilet, cari lah WC.

ok, asal tiba2 cite pasal WC ni. dah takde cerita lain ke. hehehehehe. sebab sekarang dah musim luruh, dah banyak daun berguguran, dan suhu pun semakin sejuk. Paham-paham je lah, kalau dah sejuk ni, ke WC tu memang kerap lah kan.

So apa yg susah sgt pasal WC ni kan? ce cite...ce cite.... :)
Kat building baru aku ni, pelik sikit. tak tahu la nak cakap building lama ke, atau sistem lama ke atau nak jimat ruang ke. Ada 11 tingkat. Kalau building lama, setiap tingkat ada WC utk lelaki dan pompuan. Kat building baru, tingkat ganjil, toilet lelaki, tingkat genap, toilet pompuan. WC tu pulak tempatnya di tempat yg orang jarang lalu lalang. Bukan laluan utama. Jadinya, agak"sunyi" lah. Especially bagi orang yang penakut macam aku ni lah kan.

Al-kisah, opis baru aku ni kat tingkat 1 je. sib baik tak sampai tingkat 11. tapi, toilet lelaki yg ada. tiap kali nak ke WC, kena ke tingkat 2 atau ground floor. dah kena mengira 22 anak tangga. Kalau sehari sekali takpelah, ini sampai setiap 1 jam setengah sekali, cuba kira berapa kali kalau dok 8 jam kat opis tu? :)

Plus, banyak pulak pintu nya yg nak kena lalu. Tadi baru terpk untuk mengira, utk dapat melepaskan apa-apa hajat kat WC tu, kena lalu 6 buah pintuuuuu tuuuu!!! bayangkan lah.

lalu 3 pintu + naik 22 tangga + lalu 3 pintu = fuh legaaaa !!!
selepas itu,
lalu 3 pintu + turun 22 tangga + lalu 3 pintu = meja daaaa !!! :D


by the time sampai ke opis semula, boleh ambik masa , dan silap2 selang 1 jam nak menziarah WC tu lagi. Apa nak buat....... Nak pergi WC pun susah !!

till then !! ;)


Saturday, October 1, 2011

Tak Rajin

Saya sekarang tidak rajin untuk menulis apa-apa di sini. Tapi terasa macam nak tulis. Tapi itu cuma rasa sahaja, tapi tenaga dan moodnya tidak kesampaian. Maka lahirlah post ini.


~ Tak Rajin yang ini tak apa, tapi ...................

MESTI KENA RAJIN -RAJIN BELAJAR ya!!!!!




till I have the mood again.... ^-^


Thursday, July 28, 2011

Harimau.

Harimau Malaya mengaum di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kalau la dapat join sekali penonton yang seramai hampir 90 ribu orang itu, pasti akan lebih merasai semangat Satu Malaysia.

Sikap pemain Singa yang kerap berlakon cedera walhal takde "contact" yang teruk menyebabkan semua orang yg menonton sakit hati. Tidak kira penonton di stadium, yang menonton di TV atau seperti kami, yang melayari internet semata-mata menonton pasukan negara kita. Semua terasa. Tak ketinggalan, lakonan goal keeper pasukan tersebut. Sangat tidak puas hati. Memang patut dilayangkan kad kuning.

Game di tempat lawan sabtu lepas, mungkin tidak akan teruk sekiranya APEK diturunkan. Nak buat macam mana, yang dah lepas biarla lepas. Semoga menjadi pengajaran buat pasukan kita.

Walaupun kalah secara agregat dan tidak dapat meneruskan ke peringkat ke 3 piala dunia 2014 itu, tapi keputusan malam ini SERI 1-1 membuktikan Harimau Malaya bukan senang untuk dikalahkan. Tahniah buat Player of the match utk team kita, iaitu Khairul Fahmi aka APEK. Sangat cemerlang malam tadi dengan banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia.

Semoga sokongan semua rakyat Malaysia tidak akan pudar terhadap pasukan Harimau Malaya ini. Cuba lagi lain kali.

"We are proud to be Malaysian, 100% Malaysian, No foreigners in the team"

Nota jemari : september nanti ada game untuk kelayakan olimpik pulak. kali ni harimau muda :)

Bis dann!


Monday, July 25, 2011

sendiri cari pasal

Sekarang saya sakit kepala. Belum time tidur pun utk saya. Tapi saya sangat mengantuk dan sakit kepala. Nak tahu kenapa? Puncanya sebab malam semalam lebih kurang pukul 1.15 pagi saya bergayut dengan incik suami selama 1 jam setengah. sehingga pukul 2.45 pagi. Mesti semua orang pelik kenapa lama sangat. hahahaha sebab sebelum itu 2 hari saya tak dapat bercakap dengan dia.

Oklah. sebelum saya merepek meraban tak tentu pasal di sini, saya off pc dan masuk tidur dulu. Esok boleh bangun awal-awal pagi untuk sambung kerja, sebelum memulakan aktiviti harian.

Selamat Malam! Mimpi manis! ;)

ZZZZzzzzzzZZZZzzzzzZZZzzzzz


Friday, July 22, 2011

apa nak jadi

Semua orang pun ada masalah tak terkecuali lah diri aku ni. Masalah kerja, keluarga, belajar, perasaan dan macam macam lagi konflik lah wujud di muka bumi ini.

Tetapi......

Kalau hari-hari ada je masalah yang datang. bukan dari arah depan, dari semua arah la senang cerita. Stress baru nak dikurangkan, datang lagi stress yang lain.

apa nak jadi kalau macam ni selalu? Cepat TUA la aku jawabnya ni.

*not in a good mood.


Thursday, July 21, 2011

teruskan

Jam menunjukkan pukul 1230 tgh malam. Aku masih di depan komputer. Hari ini stress sbb menunggu barang dan orang. Tetapi, alhamdulillah, orang itu muncul selepas 4 jam daripada masa yg sepatutnya. Dia mengalami masalah teknikal yang tak dapat dielakkan.

Dia membantu menerangkan tentang penggunaan software yg baru aku kenal. Kagum dengan kecekapannya. Kagum dengan semangatnya. Setelah tamat berbincang, kesimpulannya, makin banyak yang aku perlu tahu untuk kerja-kerja di sini. Berusaha tangga kejayaan, InsyaAllah.


" Ya Allah, sesungguhnya berikanlah aku kekuatan. Aku mahu teruskan perjalanan di sini sehingga ke destinasiku dengan Izin-Mu". Amin.



Monday, July 18, 2011

suka yang ini

Sekarang ni memerlukan mood yg boleh membuatkan aku "bergerak" pantas . Kalau kat uni ni dalam opis sorang-sorang, bosanla jugak kan. Sejak hari sabtu yg lalu, lagu ini menjadi salah satu lagu favourite aku. hahahaha peminat siti nurhaliza dari dulu lagi. Kepada yang tak minat atau tak berapa nak minat sangat tu, mintak maap lah ya. She's my favourite lady's singer.

Falling In Love

once in a lifetime
angel swift to confront me
and everything are about
to dissappears before my eyes

you're taking me higher
when i hear you speak to me
it feels so familiar
but i caught up in this fantasy


chorus:
now i cant seem to find myself
i cant seem to ease my mind
i keep falling.. im falling..
and i cant stop falling
im falling in love with you

now looking to ur eyes
i see a love that comforts me
every night when i go to sleep
i wait to see you in my dream

you're taking me higher
when i hear you speak to me
im trying to tell you
that i'd never want to let you go

chorus:
now i cant seem to find myself
i cant seem to ease my mind
i keep falling.. im falling..
and i cant stop falling
im falling in love with you

bridge:
over and over again
because i let my mind
cant see it clearly
give in something new to believe in
come take me away
(take me away..away..away)

chorus:
now i cant seem to find myself
i cant seem to ease my mind
i keep falling.. im falling..
and i cant stop falling
im falling in love with you

now i cant seem to find myself
i cant seem to ease my mind
i keep falling.. im falling..
and i cant stop falling
im falling in love with you
im falling in love
in love in love with you





Yup, I can't stop falling in love with you...my dear darling ^-^

bis dann!


Friday, July 15, 2011

dua-dua saya nak !!

Esok hari sabtu, 16 July bersamaan dengan 14 Syaaban. Jadi malam esok ialah malam nisfu syaaban. Bermaksud tak lama lagi kita akan berjumpa dengan Ramadhan al-mubharak.

Di malam Nisfu Syaaban ni, banyak sungguh hikmahnya. Di antara amalan yang digalakkan ialah membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali. Nak tahu detail bolehla tanya pakcik gugel ye. :P

Dan....esok malam juga kalau tak silap ada perlawanan bola sepak diantara Harimau Malaya menentang Liverpool. hohohoho..hari tu dah kalah dengan arsenal.Takkan kalah lagi kot kali ni. Nak tengok ni. ^-^

Nasib baik kat Jerman, malamnya tak sama waktu dengan malam di tanahair. InsyaAllah, dua-dua saya nak !!!


Schones Wochenende !

psssttt : Alhamdulillah, bertambah anak sedara lagi tahun depan. ;-)

Thursday, July 14, 2011

komputer ooohhh komputer

dua tiga hari ni pendrive tak berfungsi, ada write protected katanya.
External hard disk pun sama, tak boleh nak di copy. pun error yg sama.
and now, matlab pulak tak boleh nak di bukak. apa kah? poket dah kering beli komputer baru pun ada lagi masalah komputer ke?tak boleh nak diterima lah.

Sabar...sabar....

(kat luar tu angin bertiup kencang, bunyi yg menakutkan ala-ala bunyi mcm puting beliung gitu)

Tuesday, July 12, 2011

Dugaan atau cabaran??

Penat...letih...tak larat...semua ada...tapi inilah realiti kehidupan.
Semua orang pun ada masalah. Cuma cara masing-masing menyelesaikannya berbeza.
Begitu juga aku. Hari ini saja, bertambah dugaan yang diterima.
Ke...... aku nak kata, sahutlah ia sebagai cabaran hidup?

Kalau difikir-fikirkan secara berterusan dan secara serius, memang boleh buat aku stress sangat.
Ingatkan diri sendiri, sabar bnyk2, berusaha menyelesaikan semua masalah itu, dan harungi dengan tabah, InsyaAllah semuanya ada hikmah.

Emosi sikit hari ini, mungkin kerana dugaan yg diterima hari ini agak menggugat kestabilan emosi aku hari ini.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yg tersirat dan tersurat di setiap kejadian yang berlaku di muka bumi ini.

"Ketenangan setelah membaca Al-Quran itu sangat indah"

sekian.



Monday, July 11, 2011

Ahad yg boring

Selalunya hari sabtu pergi membeli barang-barang keperluan. Hari Ahad pulak hari berehat plus mengajar plus belajar plus menonton wayang. Hahaha..wayang di rumah saja. Tengok la cerita apa pun daripada website yg selalu dibelek. Kalau tak, kita berpower rangers dan berupin ipin la daripada youtube. Bila skrin laptop dah "dibesarkan", bertambah seronoklah semua orang. mini-wayang lah katakan.

Tapi semalam(ahad), dari pukul 4 lebih ptg, sampai la ke pukul 10 mlm, takde elektrik. Sepanjang 3 tahun di sini, tak pernah terjadi. Maka, semua orang pun mula rasa bosan. Habis dah segala benda bersepah dah dikemas, main game kat ipod sambi ldengar lagu kat ipod sampai habis bateri. Nak tidur, tak boleh, sbb mahgrib pukul 955pm. Sudahnya duduk je la kat sofa. Tapi nasib baik laptop ada bateri lagi 2 jam, berebut la nak abiskan bateri sambil tengok movie. Sempatla melayan "Nur Kasih The Movie" malam tu.

Kalau di Msia, takde elektrik, boleh lari pergi shopping complex, ke lepak kedai minum ke, makan-makan ke, pergi rumah adik beradik yg berdekatan ke, tapi kat sini jangan harapla, Hari Ahad kedai semua tutup. Hari bersama Keluarga lah katakan. Kedai makan turki je yg bukak. Itu pun silap-silap tutup awal.

Ada je elektrik, mata pun ngantuk, maghrib pun dah masuk. Apa lagi, solat dan tidur. Semalam pun agak panas sedikit, nasib baik ada elektrik, tidur dengan lena bila kipas pun boleh di switch on.

Harap-harap lepas ni, takdela peristiwa terputus bekalan elektrik ni terjadi lagi.

(gambar di bawah sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan tajuk ini)


Azhad Firas yg suka bergambar dengan gaya tersendiri

Azfar Faris yang suka menyakat abangnya.



Bis dann!


Saturday, July 9, 2011

Printer oh printer

Sejak dua menjak ni printer buat hal. Tak boleh nak print. Susah juga kalau beli printer yg canggih ni. Takde la canggih mana pun, Wireless all in one. Selama bertahun ni, print secara wireless. Tapi kebelakangan ni, wireless tu macam dah tak sudi pulak. Pengetahuan menggunakan cable tu takdela banyak. Ingatkan senang, pasang je cable dari printer ke komputer, tekan print dan ok. Tapi tidak semudah itu. Sudahnya di malam yang sunyi ni,bila semua orang sudah dibuai mimpi, terpaksalah menjadi "handy manny". Tak pernah buat pun kerja-kerja meng"troubleshoot" masalah printer, apatah lagi komputer, jauh sekali. 4 percubaan dibuat :

  1. uninstall printer dan install semula , tak berjaya.
  2. ikut step by step troubleshoot command komputer - pun tak berjaya. Siap komputer "cakap" dia tak pasti apa masalah printer ni sebenarnya. Sadis dah time ni. :-(
  3. mengkaji error dari salah satu troubleshoot command tadi berkenaan dengan port printer tu. Main belasah je, tak berjaya juga.
  4. Last sekali, hanya klik port kepada usb port pada property printer tu. Alhamdulillah, sekarang dah boleh guna printer itu. Yeay!!


I Love you lah printer!! ^-^


Rupanya, tak payah nak buat langkah satu, dua atau tiga tu pun. Ceh, kalau aku tahu dari awal kan senang, dari ari tu lagi boleh guna printer. Mesti ramai orang akan gelakkan aku sebab tak tahu buat benda yg senang ni. Takpelah. Tak kecik hati pun.

"Learn from experience"

Bolehla tidur dengan senyuman malam ini. hehehe.

bis dann!

Thursday, July 7, 2011

Ingatkan free ... :-(

Kad atam bank yang baru telah selamat di terima semalam. sungguh efisen deutsche bank sini. Janji hari jumaat baru dapat, tapi hari rabu dah dapat. Alhamdulillah. Kad atm ni menggantikan kad yg hilang. Tak pernah-pernah hilang. Sib baik tak perlu report polis. Hehehe. Kalau tak, satu hal lagi nak karang ayat2 dalam bahasa ibunda mereka. :-)

Mcm ni ceritanya......


Di dalam kesibukan bergembira pada minggu lepas, entah macam mana, terhilang kad atm. Itu pun tersedar setelah puas banyak kedai kami keluar masuk di pusat bandar Hannover, sekali tiba-tiba di satu kedai ni, nak bayar lah guna ec karte (kad atm) sekali tengok2 kad dah takde dalam purse. Apa lagi , berderau darah, terus ingatkan duit yg tak seberapa dalam bank tu. Yalah kan, walau tak seberapa, tapi duit tu je yang digunakan untuk survive di bumi asing ini. Dang...terus berfikir , bila last aku guna kad tu.

Fikir punya fikir, teringat yang last guna masa bank in kan duit ke dalam akaun sendiri. Selalu keluar duit je. Time keluar duit, kad akan keluar dulu lepas tu duit. Sekali time masuk duit, resit keluar dulu, tak perasankan kad tu, almaklumlah, setahun pun payah sekali bank in kan duit.

Terus berlari ke bank, tak jadi dah nak sambung window shopping. Oleh kerana takut orang lain terjumpa kad itu, jadi ambik keputusan utk "block" kad atm tu dan apply yang baru. Ke esokkannya tengok akaun secara online, 10 euro diorang charge untuk permohonan kad baru. Mak aiii.... mahalnya!!! Ingatkan freee!!!! Pegawai bank tu tak cakap apa2 pun, tapi kalau nak charge tu agak-agakla, ni sampai 10 euro. Pergh..memang mahal. Tapi nak buat mcm mana, nak tak nak, kenalah terima hakikat itu.

So lepas ni berhati-hati dalam menggunakan kad atm tu. Tak kiralah di sini ke atau di tanahair. Kalau di tanahair, kena lebih berhati-hati, especially nak keluarkan duit, takut ada yg memmerhatikan kita.

bis dann!

Tuesday, July 5, 2011

bz

seminggu lebih yg lepas, tersangat la sibuk, jadual waktu sangat penuh. Sibuk bergembira bersama suami tercinta yg datang melawat kami. Walaupun hanya seminggu, tapi ianya cukup bermakna buat kami sekeluarga. Suamiku selamat sampai di tanahair pada pagi Isnin (waktu Msia).

Ohh..ku akan merindui mu...ding dong!!! ( dah rindu pun :-( what to do... )




Sehingga kita berjumpa lagi di pertengahan Ramadhan, InsyaAllah.



Saturday, June 18, 2011

Craving for Nelson's !!

Sedapnyaaaaaaaaa kalaulah dapat makan makanan seperti dalam gambar di atas.... Nyum nyum...balik cuti easter aritu tak sempat nak beli. Sekarang ni dah terbayang-bayang. :-)


Jadi, memandangkan ini adalah kegemaran seisi rumah, maka terpaksalah mencari alternatif lain yang seakan-akan dengan gambar di atas.

Taaaraaaaaaaaa.......






alamak...sorryla...dah tinggal satu( bukan takat satu tapi sekerat je), baru teringat nak ambik gambar...hahahaha...punyalah excited nak makan, tak sabar-sabar, angkat je dari periuk rebusan, kelam kelibut nak makan...Nasib baik ada lagi untuk di buat kenangan. "jagung manis" ni ada jual pulak kat supermarket. Dulu-dulu mcm tak pernah nampak. Kalau ada pun mahal kot, sebab tu tak ambik pusing. Sekarang ni, murah la, bolehla utk menghilangkan kerinduan pada Sang Nelson itu.


Oklah. Hari ini hari Sabtu. Shopping time!

Till Then!


Tuesday, June 7, 2011

Nak Makaaannnnn!!!!

Beriya2 nak makan ye? kalau jadi kanak2 mmg senang, order je nak makan apa, pasti ibu tak sampai hati untuk tidak menunaikan permintaan makanan....

Tapi dah sebulan tak makan ikan, cuma ikan bilis je yg di makan. Aduyai....betapa bosannya bila cakap bab makan kat jerman ni... balik2 ayam, balik2 ayam, dah habis pusing dah menu, last2 nanti kalau dah tak tahu ayam tu nak masak apa, goreng jerla makan dengan nasi panas ya.

2 minggu sekali, belilah daging. Kat sini daging best!! fresh!! cepat di masak, sedap di makan. hahaha. pun sama, bosan plak, takkan hari2 nak makan daging plak kan. dan harganya 3 kali ganda lebih mahal daripada ayam.

Sotong?Udang?2-2 ni sebulan sekali bolehla. Budak2 suka singgang sotong. 2-2 ni kena beli kat kedai asia di pusat bandar. Kalau dah nama kedai asia, jawabnya di import dari Asia lah kan, pasti harga nya lebih mahal dari ayam! Especially udang, mak aii...belas2 euro....

nak senang sekali, masak lah lauk telur ayam. Mudah dan disukai budak-budak. Tapi ibu dia yg tak berapa nak telan kalau hari-hari makan telur ayam.

pizza, nuget2, wedges, fries, burger (buat sendiri), fish fillet, tu semua mmg anak2 suka. mudah dan cepat utk di sediakan, tapi again, muak lah kan.

Masak merah, masak kicap, asam pedas (fav ni), kurma, kari, sup, paprik, tomyam(sekali sekala), singgang, lemak cili api, masak rempah, nasi goreng, bihun goreng,kew tiaw goreng, spagheti. <-------- List menu yg di masak di sini. Dah kering idea dah nak masak apa. Oleh kerana tak boleh suka-suka hati nak order kat kedai mcm kat Msia, jadi terpaksa lah juga pilih daripada list tersebut.

Orait. Hari ni mcm nak makan cekodok ikan bilis la nanti. Layannnn!!!!

Friday, June 3, 2011

Bunga-bunga ........... :-)

Oleh kerana tak berpeluang untuk menonton filem yang sudah lama ditunggu-tunggu : Nur Kasih The Movie, Jadi hati ini tak tentu arah. Puas fikir bagaimana nak mengatasi keinginan itu.

Nasib baik ada Drama di TV3 yg rasanya digilai oleh ramai kawan-kawan di Msia dan juga seluruh dunia ( kawan-kawan yg merantau seperti aku ).


NORA ELENA !!!!

Suka tengok Seth Tan yg berusaha untuk menawan cinta Nora Elena... So Sweet!

Suka dengar lagu-lagu dari Drama ini :












Sangat suka juga pada episode 16 siri ini!! ;-)


Yang, I Miss U SooOooo Much!!

Thursday, May 19, 2011

10 years with my Love

Lama tak update, takde cerita menarik plus busy dengan cuti Easter yg ditunggu-tunggu.

We celebrated Azfar Faris's 5th birthday on the 24th April 2011 in Kuching, Sarawak during cuti-cuti Malaysia & also our 10th Anniversary on the 28th April 2011. We have go through obstacles and challenges in life together and hope we will be stronger to face the future, InsyaAllah.

To my dear darling hubby, Thank you very much for your love, caring and understanding. Last but not least, danke schoene for the lovely Pressie. :-)

Alhamdulillah, here is something special to be remembered.


I Love You Sooo Much!!


Till then!

Thursday, March 31, 2011

apa ni?

Dah lama tak update blog. Bukan apa, tak ada idea dan tak ada masa.Sekarang ni pun bukannya ada masa dan idea tapi sedang 'stuck'.

Stuck simulation ni dari semalam, ptg tadi dah jumpa co, rasa dah solve the problem, tapi bila sahaja masuk ke opis dari bilik discussion, buat lagi sekali , tup2 tak jadi, Arghhhhh!!! tension!!
Kenapa aku sekarang ini mudah lupa, walaupun dalam jangka waktu yg pendek?? :-( Ok.. fine, mungkin tadi dah saturated kat opis, balik la rumah.

Bila rumah dah sunyi sepi, ku buka semula logbook. Cuba sekali lagi dan, hasilnya tetap sama...
Error yg sama!! Mcm mana ni??Takkan la esok nak tny lagi kat co, dah la nak jumpa dia pun susah.

Apa harus ku buat? Apa lagi, sila lah mengaji (lebih baik daripada merenung komputer). Memandangkan hari ni kan hari Khamis Malam Jumaat, maka marilah baca Yassin.


p/s: Semoga dipermudahkan oleh-Nya. Amin.


Monday, March 7, 2011

Mode malam ni : Pening

Skrng pukul 9 malam, bila sunyi suasana dek kerana semua orang termasuk la jiran-jiran seperti sudah nyenyak tidur.

Diri sendiri sudah pening kepala. Kenapa? Bukan kerana nak tambah ahli keluarga. Belum masanya lagi. ;-) . Ini sebab semalam tidur lewat, selewat 2 pagi baru tidur. Oooppss..jangan la sangka betapa rajinnya diriku stay up membuat kerja-kerja belajar. Tetapi kerana bergayut dengan suami tercinta selama hampir 2 jam. :-) Teringat zaman bercinta dolu2, 2 jam rasa macam 20 minit sahaja. :-D

Nah, skrng, rasakan penangan tidur lewat. Mengantuk dan pening kepala. Kesan seterusnya, tak dapat belajar malam ni. ( Tak apa lah, bukan setiap hari pun, asalkan hati rasa bahagia.-dalam hati ada taman)

Jom join mereka semua tidur..... ZzZZZZzzzzZZZzzzz Guten Nacht!!

* Kepada AbangSayang : Ich vermisse dich !



Thursday, March 3, 2011

Melihat ke depan

Dah lama tak update blog. Bukan apa, tak banyak cerita menarik, cerita kurang menarik tu banyak lah. Takpe. Kita sambung dengan cerita menarik sahaja lah ya.

Alhamdulillah, minggu lepas nampak ada jalan di saat kebuntuan yg lalu. Semoga jalan ini akan memberikan sinar cahaya yg aku perlukan dalam menyelesaikan tugasan di bumi asing ini. Cahaya seterang sinaran matahari yg semakin mula menyinar di sini.


Good luck to me!!





* Tiba-tiba Abg Long cari coklat Ritter Sport perisa aiskrim macam kami pernah beli tahun lepas (sbb hari tu ibu dia borong ritter sport perisa cornflakes banyak2, ada angebot/sale). Selama ni tak kisah pun makan coklat apa2 sahaja. Tapi kami dah cari serata kedai kat sini, tak jumpa2 pun. Agaknya tahun lepas tu limited edition kot. Kalau ada nanti kita borong banyak2 ye Abg Long. :-)



Sunday, February 20, 2011

Redha

Minggu lepas menjadi titik sejarah dalam hidup aku. Semua yang kita tak mahu rasa, muncul. Tak perlu ku tulis di sini, cuma ia membuatkan aku hilang arah dan semangat dalam perjuangan di medan "perang" di sini.

Air mata dan jeritan menjadi aktiviti utama pada ketika itu. Kini, setelah beberapa orang teman memberikan kata-kata perangsang dan motivasi membuatkan aku rasa lebih selesa sedikit berbanding dengan minggu lepas.

Redha. Satu benda yg aku mula belajar semula dalam hidup ini. Bukan selama ini aku tak redha tapi mungkin tidak cukup kuat dan sepenuhnya.

Kejayaan dulu dari sekolah rendah sehinggalah ke menara gading tidak dapat menjanjikan kejayaan dalam medan perang ini. Sesungguhnya perjalanan meredah medan perang ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat unik yang tidak dapat dirasai oleh orang lain.

Pesan kepada diri sendiri bahawa Berusaha dan terus berusaha dengan bersungguh-sungguh dan tawakkal merupakan sinar dalam menyuluh kegelapan medan perang ini. Walau apapun keputusannya di akhir tempoh medan perang ini, REDHA la ketentuan Ilahi. Yang penting USAHA dan TAWAKKAL.

Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.




Saturday, February 12, 2011

Jiwa Kacau

Setelah hampir 2 minggu suhu mencecah 5-8 Celcius, hari ni snow turun lagi. Putih jugakla kawasan rumput di luar rumah (bila dilihat daripada tingkap bilik). Yang pasti kanak-kanak riang bila ada snow tapi bukan emak budak. Harap-harap tak berpanjangan la snow ni.

Snow turun pada hari yang sama suami tercintaku pulang ke tanahair. Seminggu di sini seperti 2 hari aku rasa. Hari ni hari untuk adjust semula emosi dan perasaan aku.Aku kena kuat demi kami sekeluarga. InsyaAllah, esok ok. Amin.

Semoga selamat perjalanan pulang. Ada rezeki, InsyaAllah kita berjumpa lagi sepertimana yg kita rancang. Amin.


Nota jemari : I started to miss you dear! :-(


Wednesday, February 2, 2011

Doa

Berdoa agar semua rakyat Malaysia di Mesir selamat dan dapat pulang ke tanahair tercinta secepat mungkin untuk bertemu dengan keluarga tercinta yang setiap hari berasa risau tentang keselamatan mereka. Alhamdulillah, evacuation telah bermula.

Selama lebih seminggu menanti rakan di Insitut yg sekaligus, InsyaAllah akan menolong membimbing aku, berakhir dengan berita yg sedih semalam. Oh..Allah sahaja yg tahu mcm mana perasaan aku smlm.

Dia merupakan rakyat Mesir, dan pulang ke Mesir untuk bertemu isteri yg baru melahirkan anak ke3, sepatutnya bertemu dengan aku semalam 1 FEb 2011.Tapi,dia terlibat dengan demonstrasi di Kaherah itu, dan mengalami kecederaan. Aku tak dapat nak tulis di sini bagaimana perasaan dan keadaan aku semalam. Doa sahaja yg mampu ku lakukan agar dia kembali ke institut.

Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar. Petang tadi aku diberitahu bahawa dia selamat tiba di Airport Frankfurt. Yang menjadi tanda tanya aku ialah, dia cedera dan masih boleh "terbang" ke sini. Agak menghairankan. Menurut rakan ku di institut lagi, dia ingin mendapatkan rawatan di sini kerana tidak dapat ke hospital di Kaherah (takut ditangkap).

Berdoa agar dia sihat sepenuhnya secepat mungkin dan dapat menolong aku meneruskan perjuangan ku di sini.

Amin.

Thursday, January 27, 2011

Motivasi Tak Jadi

Oh No!! I am really depressed at the moment.Stress!
Ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Mengetahui segalanya.



Me Motivasi kan diri sendiri



Sudah hampir 5 hari waktu bekerja aku hilang semangat. Tak tahu mana pergi semangat itu. Bukan takat semangat buat kerja, semangat untuk memasak pun takde. Sekali sekala makan Magie beramai-ramai pun sedap juga.

Tapi masa itu tak disia2kan begitu sahaja. 2 hari aku habiskan dengan membeli belah (macam la banyak yg dibeli, 2 je pun).Satu hari lagi utk buat belanjawan memandangkan elaun dah masuk. Apa lagi seperti biasa bayarla rumah sewa, gas dan sewaktu dengannya. Tidak lupa juga insurans dan kali ni yuran uni sebanyak 285 Euro juga turut sama masuk senarai keperluan. Glup..sekejap je duit dah susut. :-) Anak2 pun pandai request utk beli toys kegemaran bila dapat tahu ibu "dah gaji". Nasib baik Abg Long dah besar, dah faham, mintak yg Angebot 1Euro je. kalau 1 Euro setiap bulan pun takpe Abg Long, ibu tak kisah punya.

Dan....hari ni baru dapat mengembalikan semangat ku sedikit. Jangan tanya macam mana tapi aku rasa ia datang dengan sendirinya. (hahaha...logik tak?).


skrin 12 inci yg dah jadi 23 inci, hmm...kalau tak nampak juge, tak tahu la nak kata apa.



stok di depan mata: asam,gula2,biskut,coklat, coco crunch,vitamin & air kosong :-)



Semangat...Semangat...Jom buat kerja!



Monday, January 24, 2011

"Sejuk" muncul kembali

Bermula dari hari Khamis minggu lepas, suhu semakin turun. Serendah minus 3 Celcius. Cuaca cepat betul berubah. 2 minggu lepas suhu dah macam nak Spring, setinggi 12 Celcius. Sangat menarik.macam dah boleh tukar jaket spring. Tetapi tiba-tiba cuaca berubah dgn drastik.Itulah kebesaran Kuasa Yang Maha Esa. Subhanallah.

Salji turun lagi minggu lepas. Kebetulan ia turun dgn agak lebat ketika baru keluar dari opis(uni).Tapi Salji-salji ni akan cair sebaik landing di atas permukaan. Takdela se heavy mcm Disember haritu.




Kebetulan, terlupa bawak payung plus pakai jaket without headcover, selamat la bersalji la hari tu dengan jayanya.



Wah!!!! bila la nak masuk spring ni, tak sabar rasanya. Say "No" to the snow wokeh.Tahun pertama mmg la excited tp pertama je la, selepas itu, berdoa supaya snow tidak turun lagi.

Minggu baru ni, weather forecast meramalkan salji mungkin turun lagi. :-( .

Satu lagi, bila sejuk dan semakin sejuk, nanti perut pun semakin cepat rasa nak makan dan makan dan makan lagi. Bila nak "diet" ni?? Hahaha, tepuk dada tanya selera.

Bis dann!


Tuesday, January 18, 2011

mata OoooOoo Mata

Sekarang jam menunjukkan pukul 10.30 mlm.
Malam ni rasa sejuk sedikit berbanding dengan minggu lepas.
Keadaan sangat sunyi dan sepi.
Semua orang sudah tidur dengan lena.
Aku pun rasa tenang dengan suasani begini.
Tetapi diri ini tak berdaya untuk terus duduk ,mengadap komputer lagi.


Ohh !!!
Sesungguhnya mata ku memangla tersangat la mengecil, seperti mata "Garfield".
Sangat mengantuk wokeh!
Siap terlelap sambil menaip coretan di blog ini. (ish ish ish, sah mengantuk).


Jomla tidur awal (awal lah sangatkan, bila dah dekat pukul 11 mlm).
Esok boleh bangun awal.

ZZZZzzzzZZZZzzzz (Mimpi yg indah2 hendaknya... )