Alhamdulillah...Segala puji bagi Allah yang memberi rezeki kepada umat manusia. Wah...walaupun hari ini agak letih, atas urusan lab
(dan yg sedihnya, lab hari ini kurang menjadi), tapi aku tetap gembira dan bersyukur dgn nikmat yg telah dikurniakan terutama sekali pada minggu ini.
Banyak betul berita baik...
(separuh tu dah letak dalam entry sebelum ini) tapi nak letak juga di sini. Nak berkongsi rasa kegembiraan yang tak terkira pada saat ini bersama semua orang. Bukan niat untuk menunjuk atau membangga diri, sekadar berkongsi suka duka bersama kenalan di sini.
1) Suami tercinta datang bercuti di Jerman minggu depan.
2) Tahun ini dapat berhari raya Aidiladha di Jerman satu keluarga.
3) Akan bercuti ke tempat yang di idam-idamkan oleh kebanyakan orang.
4) Azhad dapat celebrate birthday bersama ayah dan ibu.
5) urusan penting kami di Malaysia diluluskan. Seronok sangat!!.
6) Aku tak perlu ambil apa-apa subjek di Fakulti di sini kerana komitee bersetuju bahawa Master dan Degree serta pengalaman bekerja aku sudah memadai dan boleh disamakan dengan kelulusan Diplom-Ing di Jerman. Kalau kena ambik even satu subjek, alamak aii..tak tahu la mcm mana nak survive...semuanya dalam bahasa Jerman(lecture, assignment, project, exam etc) ...aku ni dah la zero bahasa diorang ni. Legaaaaa......
All in all, minggu ni sangat membahagiakan. Tapi tak lupa juga, ada tugas-tugas penting yang tiba-tiba muncul ntah dari dinding mana atau komputer siapa dan tiba-tiba ada dalam email Uni semalam. :-) Ada 1 kerja due esok, 1 kerja due isnin pagi-pagi dan 1 kerja due rabu minggu depan.
Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku harus melangkah dengan penuh yakin dan ingatlah... MALAYSIA BOLEH!!!
Jumpa lagi!!
Nota kaki : Perjuangan harus diteruskan!!