Thursday, September 9, 2010

Salam Lebaran

Hari ini ramadhan ke 30. Semua umat islam bakal menyambut Aidilfitri pada esok hari.

Bersyukur kerana aku di beri kesempatan untuk beraya bersama keluarga tersayang.. di tanah air tercinta. Walaupun suami tercinta perlu bertugas pada hari raya pertama dan ketiga, namun aku tetap happy kerana dapat bersama2 di aidilftri tahun ini.

Aku masih di Nilai. Menyelesaikan kerja2 mem"packing" barang2 untuk di bawa pulang bercuti selama seminggu. Kami akan bertolak ke Melaka lebih kurang pukul 4 petang. Malam ini, ada program takbir raya dari rumah ke rumah di kampung mertua ku. Selalunya kaum wanita hanya duduk di rumah menyediakan juadah untuk hari raya dan untuk peserta2 takbir tersebut.

Raya ke 3 selepas isyak, kami akan bertolak ke rumah keluarga ku di Johor Bahru selama 3 malam. Tak sabar rasanya nak beraya bersama2 sanak saudara.

Last but not least, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN buat semua keluarga tersayang, sahabat handai jauh dan dekat, serta sesiapa yg mengenali diri ini.

Semoga Aldilfitri ini menjadi kenangan terindah.

Salam Syawal !

Thursday, September 2, 2010

PaRam

Salam Satu Malaysia....

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

Sudah 53 tahun negara kita merdeka...Semoga kebebasan yang diperolehi di gunakan dengan sewajarnya demi masa depan semua....


Bila dah sampai di tanah air tercinta.. Pasar Ramadhan aka PaRam...wajib di kunjungi..mana tidaknya...ingin bercuti dari aktiviti memasak...tapi memandangkan makanan dan minuman yang dijual agak mahal sedikit....jadi tidakla bersakan di PaRam itu...

Pesan kepada Azhad, " Abg Long boleh beli 2 food n 1 drink only"....harus tetapkan supaya takdela dia nak beli semua benda bila nampak semua benda.... Azhad memang anak yang baik, dia tidak membantah pesanan ku itu.

Tak sabar nak shopping baju raya sedondon...warna tema tahun ini? hmm...jeng jeng jeng...tunggu hingga raya nanti ya.... :-) bila dah dapat baju raya, kena la pk kuih raya sbg buah tangan kepada kedua-dua emak. semestinya kuih "tunjuk"la..kerana sedari dulu aku mmg tidak berminat membuat kuih raya..apa tah lagi...aku takdela se"free" mana masanya....wpun berada di tanah air..tetapi "kerja2 phd" masih harus di lakukan ....sekurang2nya 6 jam sehari, Insyaallah.

Alhamdulillah...lagi seminggu kita semua akan menyambut Aidilfitri yang mulia...Tak sabar rasanya nak mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai....

Selamat Berbuka!!