Sedang aku menyiapkan report untuk meeting dgn supervisor esok, tiba-tiba teringat nak bukak page lain selain dari matlab dan powerpoint yg sedang aku kerjakan. Website deutsche bank yg aku belek. Dalam hati berkata, agak-agaknya duit scholar kali ni dah masuk ke belum eh?Tapi detik hatiku berkata "belum lagi" walaupun hari ni dah masuk 2 november. Sepatutnya masuk selewat-lewatnya 31 Oktober 2010 lah kan.
Seperti yang terdetik dalam hati, maka punahla harapan aku untuk melihat 4 angka pada baki akaun semasa. Hmm....lambat lagi duit masuk kali ni. Dalam setahun 4 kali masuk, Jan, April, Julai dan Oktober. Semua hujung bulan sepatutnya. Tapi nampaknya untuk tahun 2010 ini, hanya bulan April je yg masuk on time, tak silap minggu akhir April. Entah apa yg dah jadi aku pun tak tahu. Bulan Januari nanti, standardla..tak akan pernah masuk awal
(pengalaman di sini), mesti minggu ke 2 bulan Februari paling awal. Kenapa ye berlaku sedemikian? Wallahualam.
Bila duit masuk lambat, semua pembayaran jadi lambatla. Nak bayar rumah sewa, bil gas, bil elektrik, bil internet, bil telefon dan insurans kesihatan macam mana? Jangan la assume student postgrade yg hanya dapat gaji di Malaysia separuh daripada gaji sebelum cuti belajar, duit tu boleh cover perbelanjaan di sini. Berapa sen sangatla bila di convert ke Euro ni.Tu belum di tolak charge perkhidmatan transfer duit dari Malaysia ke Jerman, Sahla tinggal berapa je bila sampai Jerman, nak bayar rumah sewa pun tak lepas. Lagipun hutang -hutang kat Malaysia siapa nak tolong bayarkan. Betul tak? Lain la kalau aku ni datang dari keluarga berada, tu lain cerita. Mmg takde masalah tang RM ni. Kalau postgrade, majoriti nya bukan hidup seorang diri, ada keluarga yang perlu di tanggung. Bila musim sejuk menjelma, maka keperluan makanan meningkat. Lapar je memanjang.
Tak tahu la sampai bila student postgrade di Jerman ini seperti kurang diberi perhatian. Kasihan kami yang hidup berasingan dan terasing di bumi Jerman ini.
Sekian, luahan hati seorang perantau.